Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497618
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaluddin Aziz, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Azlina Asaari (P78398) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:06:32Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:06:32Z | - |
dc.date.issued | 2017-03-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98701 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497618 | - |
dc.description | Filem seram Hollywood menguasai pasaran dunia dan sekaligus mempengaruhi ideologi tempatan dalam era globalisasi. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan filem seram Melayu di Malaysia, namun masih kurang kajian perbandingan penggunaan simbol, pembentukan makna dan pemahaman ideologi watak wanita dengan filem seram kontemporari Hollywood. Kebanyakan kajian lepas filem seram Melayu adalah tidak ekstensif dan sistematik yang menyebabkan hasil kajian yang kabur. Kekaburan ini merupakan permasalahan kajian yang dikenalpasti. Kajian ini mendasari hujah melalui teori abjection dibawah teori feminisme psikoanalitik Julia Kristeva. Abjection adalah sebarang perkara yang melanggar atau menganggu gugat subjektiviti manusia termasuk identiti, sistem dan perintah serta segala perkara yang tidak menghormati sempadan, kedudukan dan undang-undang. Filem-filem seram yang dipilih secara persampelan tujuan dianalisis secara tekstual dengan memfokuskan kepada dua subjek utama. Pertama, subjek hubungan wanita iaitu hubungan ibu dan anak perempuan dan hubungan bapa dan anak perempuan. Kedua, subjek tema iaitu dendam dan rasukan. Terdapat tiga objektif yang menjadi panduan kajian ini. Pertama, mengenal pasti konstruksi watak wanita dalam filem seram yang dipilih. Kedua, mentafsir simbol, makna dan ideologi watak wanita yang tercipta dalam filem seram yang dipilih. Ketiga, membandingkan simbol, makna dan ideologi watak wanita dalam filem yang dipilih. Dapatan kajian berdasarkan objektif menunjukkan bahawa; Pertama, filem Melayu mengkonstruksi watak wanita berdasarkan hubungan biologi iaitu melalui keturunan bapa dan ibu. Manakala Hollywood pula menekankan kepada hubungan yang lebih terbuka tanpa hubungan biologi; Kedua, simbol alam semulajadi (nature) adalah dominan dalam filem seram Melayu dan Hollywood. Hal ini memberi makna yang kedua-dua sinema menggunakan isu berbentuk eksistensial yang memerangkap watak wanita dalam ideologi patriarki. Ketiga, secara perbandingan filem seram Melayu dan Hollywood mengkonstruksi watak wanita untuk mengugat sistem patriarki namun filem Melayu mempunyai unsur matrilineal yang tidak terdapat dalam filem Hollywood. Hal ini bermakna filem seram Melayu lebih memberi ruang memperkasakan wanita berbanding dengan ideologi Hollywood yang menganuti patriarki sepenuhnya. Tetapi secara ironisnya Hollywood memberi ruang yang lebih luas dan konsisten kepada wanita untuk mencabar ideologi ini. Implikasi kajian ini adalah pemahaman ahli akademik bidang perfileman, pembuat filem dan penggubah dasar tentang simbol, makna dan ideologi watak wanita adalah berguna dalam memperkukuhkan kerja mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Horror tales -- History and criticism | |
dc.title | Kajian bandingan watak wanita dalam filem seram kontemporari Melayu dan Hollywood | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 403 | |
dc.identifier.callno | PN3435.A995 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003171(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98701+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 316.05 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.