Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497614
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSharifah Munirah Alatas, Dr.
dc.contributor.authorAkmalhisham Jasni (P66659)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:28Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:28Z-
dc.date.issued2016-05-27
dc.identifier.otherukmvital:97900
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497614-
dc.descriptionKajian ini menyelidiki realpolitik penambakan wilayah Singapura dari perspektif pembangunan dan keselamatan khususnya dalam aspek populasi, ekonomi dan kelangsungan republik tersebut. Gabungan kajian secara kualitatif dan kuantitatif telah dibentuk, di mana pengumpulan data primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan juga melalui beberapa sesi temubual mendalam, manakala data sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Analisis kuantitatif pula melibatkan teknologi pemprosesan imej digital Penderiaan Jarak Jauh (RS) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Argumen utama kajian berasaskan kepada persoalan mengapa aktiviti penambakan terus giat dilaksanakan walaupun Singapura telah merekodkan kejatuhan terendah kadar fertiliti keseluruhannya (TFR) sehingga 1.19 mata dan ia kekal di bawah paras 2.10 mata semenjak lebih dari 30 tahun yang lalu. Hasil cerapan maklumat RS dan GIS menunjukkan bahawa tahap keluasan penambakan wilayah oleh Singapura dari tahun 1968 hingga 2012 telah mencapai 136 kilometer persegi, dan didapati terlalu sedikit kawasan pinggir pantai yang ditambak telah digunakan untuk tujuan penempatan penduduknya. Perkara ini seiring dengan hasil analisis regresi tahap keluasan wilayah Singapura terhadap nilai ukuran TFR Singapura yang memberikan dapatan koefisyennya (R2) ialah 0.5120 sahaja. Sebaliknya sebahagian besar wilayah yang ditambak telah dikhaskan tujuannya untuk mengisi kepentingan sektor pembangunan ekonomi sebagaimana yang dibuktikan melalui hasil analisis regresi tahap keluasan wilayah Singapura terhadap nilai ukuran KDNK Per Kapitanya, dengan R2 yang dicapai ialah 0.9513. Perspektif keselamatan pula telah meneliti isu kelangsungan republik tersebut dengan mengambil kira matlamat kehadiran kuasa militari Amerika Syarikat di Singapura. Hujah ini dibuktikan melalui hasil analisis regresi tahap keluasan wilayah Singapura terhadap nilai ukuran Perbelanjaan Militari Per Kapitanya, dengan R2 yang dicapai ialah 0.8497. Hubungan Singapura-Amerika Syarikat yang sangat erat dalam kerjasama militari telah mencapai kemuncaknya apabila Singapura bersetuju menjadikan sebahagian wilayah yang ditambaknya sebagai stesyen armada Amerika Syarikat yang penting di rantau Indo Pasifik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenambakan laut
dc.subjectSingapura
dc.subjectRealpolitik
dc.subjectReclamation of land -- Singapore
dc.titleRealpolitik penambakan wilayah Singapura dari perspektif pembangunan dan keselamatan
dc.typeTheses
dc.format.pages332
dc.identifier.callnoTC345.S55A396 2017 tesis
dc.identifier.barcode003017(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97900+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
659.6 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.