Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497613
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzahan Awang, Dr.
dc.contributor.authorWan Afizi Wan Hanafi (P69785)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:06:27Z-
dc.date.available2023-10-13T08:06:27Z-
dc.date.issued2017-08-16
dc.identifier.otherukmvital:97811
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497613-
dc.descriptionPrestasi pendidikan Orang Asli masih kurang memuaskan walaupun pelbagai program pembangunan pendidikan telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, dalam persekitaran fizikal dan sosio-budaya yang sama terdapat segelintir pelajar Orang Asli berjaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia dan seterusnya melanjutkan pelajaran di IPT atau bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan awam dan swasta. Objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti bentuk-bentuk pembangunan fizikal dan program akademik yang dianjurkan. Dalam masa yang sama, kajian turut menganalisis hubungan antara faktor fizikal dan sosio budaya terhadap prestasi akademik pelajar Orang Asli. Kajian ini juga turut membangunkan model analisis laluan bagi melihat hubungan faktor fizikal dan sosio budaya dengan kejayaan Orang Asli dalam pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soalan kaji selidik. Pemilihan responden adalah secara persampelan bertujuan. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 260 orang dalam kalangan Orang Asli yang berjaya dalam pendidikan berasal dari Jajahan Gua Musang, Kelantan. Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati program pembangunan pendidikan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak Sekolah menunjukkan peningkatan kurang 50 peratus prestasi pencapaian pendidikan Orang Asli di semua peringkat dari tahun 2009 hingga 2013. Hasil model analisis laluan menunjukkan terdapat hubungan positif ( t= 0.710) antara faktor persekitaran dengan kejayaan pendidikan Orang Asli. Faktor pembangunan dan perubahan persekitaran merupakan faktor utama dalam mempengaruhi kejayaan Orang Asli dalam pendidikan dengan memperolehi nilai r keseluruhan ialah 0.952. Faktor lain terdiri daripada amalan keluarga (r = 0.896), pembelajaran responden (r = 0.876), peranan agensi kerajaan (r = 0.653) dan peranan agensi bukan kerajaan (r = 0.237). Hasil model analisis laluan ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak berwajib untuk membentuk persekitaran kondusif bagi meningkatkan kejayaan Orang Asli dalam pendidikan. Kajian ini telah memperkasakan lagi aspek ilmu berkaitan pentingnya persekitaran kondusif dalam mempengaruhi sesuatu komuniti.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectOrang Asli
dc.subjectPendidikan
dc.subjectGua Musang
dc.subjectKelantan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePengaruh persekitaran fizikal dan sosio budaya terhadap kejayaan Orang Asli dalam pendidikan di Gua Musang, Kelantan
dc.typeTheses
dc.format.pages340
dc.identifier.barcode003000(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97811+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
576.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.