Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497611
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mastura Mahmud, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Dini Hairi Suliman (P55248) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:06:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:06:25Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97800 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497611 | - |
dc.description | Kebakaran hutan merupakan satu fenomena yang memberikan implikasi terhadap konservasi biologi dan pencemaran alam sekitar. Impikasi tersebut dapat dikawal atau dikurangkan melalui permodelan ramalan terhadap kejadian kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah menentukan kerentanan lanskap potensi berlakunya kebakaran hutan untuk tempoh beberapa tahun melalui permodelan ramalan. Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi pembolehubah tidak bersandar seperti bahan bakar, topografi, cuaca dan ketersampaian manusia dan pembolehubah bersandar iaitu titik panas bagi tahun 2009 hingga 2010 yang meliputi tempoh El-Nino yang sederhana, dibangunkan terlebih dahulu sebelum dianalisis. Perbandingan dilakukan melalui permodelan Geographic Weighted Regression (GWR) dan Ordinary Least Square (OLS). GWR adalah satu teknik penerokaan yang bertujuan untuk menunjukkan kawasan kebakaran yang mempunyai kedudukan spatial ketidakpegunan dalam sesuatu peta melalui pekali regresi wajaran tempatan yang berbeza daripada nilai global. Akaike's Information Criterion (AICc) digunakan di dalam menandakan padanan dan prestasi model yang tinggi, dengan menentuukur nilai yang terendah daripada hasil gabungan pembolehubah yang digunakan. Hasil perbandingan menunjukkan bahawa model GWR, iaitu nilai AICc sebanyak 744.52 adalah terbaik dan lebih tepat berbanding dengan model OLS yang mempunyai nilai AICc iaitu 750.30. Nilai pekali penentuan, R2 yang dihasilkan melalui kaedah permodelan GWR adalah 0.908 manakala OLS adalah 0.881. Hasil analisis GWR melalui peta ramalan bagi titik panas menunjukkan nilai tertinggi sebanyak 359.764, kawasan yang dikenalpasti tertinggi ramalan titik panasnya adalah di Pekan, Pahang yang mempunyai nilai 200.868 hingga 359.764. Seterusnya ramalan kawasan titik panas yang kedua tertinggi adalah kawasan Gua Musang dengan nilai di antara 91.543 hingga 200.868. Kesemua maklumat yang dihasilkan melalui kajian ini dipaparkan melalui aplikasi WebGIS di internet. Ia merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk agensi pengurusan bencana kebakaran hutan dan belukar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, membuat keputusan terhadap lokasi dan cara pencegahan yang terbaik bagi memadam kebakaran pada tahap keyakinan yang tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kebakaran hutan | |
dc.subject | Permodelan ramalan | |
dc.subject | Spatial ketidakpegunan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Model spatial ketidakpegunan bagi potensi ramalan kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 256 | |
dc.identifier.barcode | 002989(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97800+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 342.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.