Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497607
Title: | Pembentukan budaya keselamatan universiti penyelidikan di Malaysia |
Authors: | Zitty Sarah Ismail (P72495) |
Supervisor: | Kadir Arifin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Keselamatan Kesihatan pekerjaan Universiti penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 16-Oct-2017 |
Description: | Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadi isu utama di industri pendidikan terutamanya di universiti. Ini kerana bidang pengajian yang ditawarkan lebih berunsurkan sains, teknologi dan kejuruteraan melibatkan penggunaan peralatan dan bahan-bahaya berbahaya di makmal. Pengenalan terhadap budaya keselamatan seperti peraturan dan prosedur, dasar keselamatan, latihan, kepimpinan, komitmen pihak pengurusan, komunikasi, sistem ganjaran dan penglibatan dilihat sebagai satu penyelesaian sistematik ke arah mewujudkan kemalangan sifar di tempat kerja yang berupaya menjamin keselamatan di universiti. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk meneliti pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan kepada dasar, pengoperasian, perancangan dan pelaksanaan, penilaian serta tindakan penambahbaikan. Ia juga menganalisa elemen budaya keselamatan di kalangan pekerja dan pelajar RU di Malaysia dan membentuk model elemen budaya keselamatan RU di Malaysia. Sebanyak 5 buah RU iaitu UM, USM, UKM, UPM dan UTM telah dipilih bagi kajian ini. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan ialah borang kaji selidik, pemerhatian dan dokumen sokongan. Perisian Satistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis Moment of Structures (AMOS) dikenali sebagai IBM SPSS-AMOS V24.0 digunakan bagi menganalisis data. Ujian korelasi Pearson dan analisis regresi digunakan bagi melihat hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah. Sejumlah 470 responden yang diwakili oleh pekerja dan 298 responden yang diwakili pelajar PhD terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati, pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan RU di Malaysia berada pada tahap yang baik. Di samping itu, kedua-dua kumpulan responden menggambarkan hampir kesemua elemen budaya keselamatan dalam kajian ini sangat penting dalam pembangunan budaya keselamatan. Terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua elemen budaya keselamatan dengan manusia, kelakuan dan persekitaran. Malah, elemen dasar keselamatan terhadap persekitaran memberikan hubungan signifikan yang paling tinggi, manakala elemen latihan terhadap kelakuan mempunyai hubungan signifikan yang paling rendah. Akhirnya, kajian ini berjaya membentuk sebuah model budaya keselamatan RU di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kemalangan dalam industri pendidikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 314 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97796+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 424.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.