Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497596
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaharani Ahmad, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Harishon Radzi (P54713) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:06:09Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:06:09Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97613 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497596 | - |
dc.description | Pengaruh persempadanan negeri telah menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang rencam dengan pelbagai dialek mahupun subdialek. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memetakan penyebaran leksikal dialek-dialek Melayu di negeri Perak. Kajian ini menggabungkan bidang linguistik dan geografi yang dikenali sebagai geolinguistik. Justeru, kajian ini mengaplikasi alatan berteknologi yang pada satu ketika hanya diguna pakai dalam bidang tertentu sahaja iaitu Sistem Maklumat Geografi, khususnya dalam pelakaran sempadan iaitu atau isoglos. Kajian geolinguistik ini mempunyai lima objektif; pertama, untuk mengenal pasti varian leksikal/memyusu/mendengar/dan/malas/di Perak; kedua, untuk menganalisis aspek linguistik varian tiga leksikal kajian di Perak; ketiga, untuk melakukan pemetaan taburan dan penyebaran varian tiga leksikal kajian di Perak menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi; keempat untuk menganalisis kewujudan kepelbagaian dan penyebaran varian tiga leksikal kajian di Perak daripada aspek geolinguistik; kelima ialah untuk menghasilkan peta isoglos umum dialek Melayu di keseluruhan negeri Perak. Pemerolehan data adalah menerusi kajian lapangan (soal selidik dan rakaman)si sepuluh daerah negeri Perak yang terdiri daripada kumpulan informan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua yang berjumlah 1530 orang. Penganalisisan data disampaikan menerusi penghuraian dimensi linguistik dan dimensi geolinguistik yang membolehkan pengenalpastian dialek-dialek Melayu yang dituturkan di kawasan kajian berdasarkan bentuk varian leksikal yang muncul serta rumus-rumus fonologi yang berpotensi, seperti rumus pengguguran, rumus penggantian terhadap dua leksikal iaitu/menyusu/dan/malas/memperlihatkan kewujudan lapan varian.Manakala leksikal/mendengar/mempunyai sembilan varian. Setian leksikal kajian mempunyai perubahan fonologi dan leksikal yang berbeza mengikut daerah. Di samping itu, dapatan kajian menerusi peta isoglos dan kloroplet menunjukkan negeri Perak sememangnya rencam dengan pelbagai dialek seperti dialek Melayu Kedah, dialek Melayu Patani, dialek Melayu Perak, dialek Melayu Selangor dan dialek Melayu Sumatera (khususnya bahasa Banjar, Jawa dan Minang). Penerapan aplikasi perisian Sistem Maklumat Geografi dalam kajian ini telah berjaya menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran variasi leksikal, di samping faktor-faktor sosial seperti migrasi, pendidikan dan sejarah bagi ketiga-tiga leksikal di negeri Perak. Justeru, kajian interdisiplin ini didapati berjaya menghasilkan kajian dialek geografi yang lebih baik dan mantap terutamanya dari segi penghasilan peta dialek melalui integrasi teknologi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dialek Melayu | |
dc.subject | Perak | |
dc.subject | Geolinguistik | |
dc.subject | Leksikal | |
dc.subject | Malay language -- Dialects -- Malaysia -- Perak | |
dc.title | Analisis geolinguistik leksikal dialek Melayu di Perak menggunakan Sistem Maklumat Geografi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 341 | |
dc.identifier.callno | PL5128.P47.H337 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002959(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97613+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.