Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497584
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Alavi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurhayati Mohamad (P71774)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:05:57Z-
dc.date.available2023-10-13T08:05:57Z-
dc.date.issued2017-07-17
dc.identifier.otherukmvital:97561
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497584-
dc.descriptionKesejahteraan subjektif merupakan isu penting dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi penjagaan. Kebanyakan penghuni kurang menerima lawatan daripada anak, saudara mara atau kawan. Penglibatan pekerja sosial sebagai agen pemangkin sangat penting dalam membantu warga emas mencapai kesejahteraan subjektif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sokongan sosial intergenerasi, kesunyian, kesejahteraan subjektif warga emas dan peranan pekerja sosial menurut perspektif warga emas dalam meningkatkan kesejahteraan subjektif mereka. Kerangka teoritikal kajian ini menggunakan Model Convoy untuk menerangkan pengaruh sokongan sosial intergenerasi ke atas kesejahteraan subjektif. Reka bentuk gabungan yang digunakan melibatkan dua fasa iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah dijalankan di empat institusi Rumah Seri Kenangan di Malaysia. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 192 responden yang dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Sampel kajian kualitatif pula melibatkan 11 informan dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan instrumen Lubben Social Network Scale (LSNS-R), De Jong Gierveld Loneliness Scales dan The Measurement of Happiness: Development of the Memorial University of Newfoundland Scale of Happiness (MUNSH) untuk mengkaji sokongan sosial intergenerasi, kesunyian dan kesejahteraan subjektif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosial intergenerasi, kesunyian dan kesejahteraan subjektif. Sokongan sosial intergenerasi dan kesunyian didapati menyumbang sebanyak 8.8 peratus kepada perubahan dalam kesejahteraan subjektif. Hasil kajian kualitatif menjelaskan bahawa terdapat dua faktor lain iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang menyumbang kepada kesejahteraan subjektif warga emas di institusi penjagaan. Faktor dalaman merangkumi kesediaan masuk ke institusi, penghayatan keagamaan, keredhaan, bersyukur, mempunyai emosi positif dan membuat adaptasi diri. Faktor luaran pula melibatkan peranan yang dimainkan oleh pekerja sosial, sokongan kakitangan dan kemudahan di institusi. Hasil kajian merumuskan bahawa situasi warga emas yang mengalami kesunyian dan kekurangan sokongan sosial intergenerasi dipengaruhi oleh peranan pekerja sosial yang proaktif bagi membantu warga emas meningkatkan kesejahteraan hidup. Kajian ini juga telah mencadangkan penambahbaikan Model Convoy mengikut budaya tempatan dengan menambah elemen kawan, kakitangan dan pekerja sosial pada lingkaran dalaman warga emas sebagai orang yang signifikan. Pekerja sosial juga perlu menghadiri latihan penjagaan warga emas bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme dalam membantu meningkatkan kesejahteraan warga emas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectWarga emas
dc.subjectInstitusi penjagaan
dc.subjectPekerja sosial
dc.subjectKesejahteraan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleSokongan sosial intergenerasi, kesunyian, kesejahteraan subjektif dan peranan pekerja sosial berdasarkan perspektif warga emas di institusi penjagaan
dc.typeTheses
dc.format.pages344
dc.identifier.barcode002945(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97561+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
607.76 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.