Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497582
Title: Kesan manipulasi deprivasi relatif dan provokasi ke atas prasangka sosial dan tingkat agresivitas
Authors: Fauzan Heru Santhoso (P50741)
Supervisor: Rozmi Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Deprivasi relatif
Prasangka sosial
Aggressiveness
Issue Date: 3-Aug-2017
Description: Kajian ini bertujuan meneliti kesan deprivasi relatif dan provokasi ke atas prasangka sosial antara kumpulan (PAK) dan kecenderungan tingkah laku agresif (KTA). Dalam kajian pertama, satu eksperimen telah dijalankan ke atas 120 orang mahasiswa semester empat yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan merupakan aktivis dan bukan aktivis di Fakulti Psikologi dan Fakulti Sains Sosial dan Politik di salah sebuah institusi tinggi di Yogyakarta, Indonesia. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan eksperimen yang terdiri daripada kumpulan menerima kesan manipulasi deprivasi relatif secara naratif (NDR) iaitu 40 orang, kumpulan menerima kesan manipulasi deprivasi relatif secara naratif dan provokasi (NDR + P) iaitu 44 orang, manakala kumpulan kawalan iaitu 36 orang tidak menerima apa-apa rangsangan. Soal selidik digunakan untuk mengukur prasangka antara kumpulan dan kecenderungan bertingkah laku agresif. Data dianalisis menggunakan ANOVA satu hala dan ujian t. Dapatan kajian eksperimen ini menunjukkan wujud kesan manipulasi NDR dan NDR + P ke atas PAK dan KTA. Namun, secara perbandingan, kesan deprivasi relatif secara naratif dan provokasi (NDR + P) jelas mewujudkan prasangka dan agresif yang signifikan. Bagi mengesahkan dapatan ini, kajian kedua iaitu kajian kualitatif telah dijalankan, melibatkan temu bual mendalam ke atas 6 mahasiswa aktivis dan bukan aktivis. Hasil kajian kualitatif menunjukkan NDR + P berkesan ke atas PAK dan KTA, berbanding keadaan tanpa adanya provokasi. Hal ini ditunjukkan oleh informan yang ditemu bual menunjukkan taraf PAK dan KTA meningkat selepas diprovokasi. Dapatan kajian kualitatif yang lain adalah prasangka sosial dan kebencian terjadi apabila terdapat deprivasi relatif atau merasa wujudnya ketidakadilan dan adanya jangkaan negatif tentang kumpulan lain (out-group). Maklumat yang sebenar tentang suatu perkara adalah cara yang tepat dalam mencegah terjadinya prasangka sosial antara kumpulan mahupun kecenderungan tingkah laku agresif. Kajian ini memberi implikasi tentang keperluan mendapatkan pemahaman tentang pentingnya provokasi ke atas kewujudan PAK dan KTA bagi semua pihak khususnya yang berkaitan dengan dunia mahasiswa atau generasi muda, mengurangkan keadaan deprivasi relatif dan memberikan maklumat sebenar tentang suatu perkara untuk mengurangkan PAK dan KTA.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 232
Call Number: BF575.A3.F338 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97556+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
413.6 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.