Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497569
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zarina @ Zairini Othman, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohamad Daud Haji Druis (P64122) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:05:43Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:05:43Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96873 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497569 | - |
dc.description | Ancaman keselamatan bukan tradisional di Asia Tenggara semakin mendapat perhatian dalam wacana keselamatan era pasca Perang Dingin. Ancaman ini termasuklah pemerdagangan manusia dan perdagangan dadah. Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai ancaman keselamatan negara semenjak tahun 1983. Walaupun selepas lebih tiga dekad dasar komprehensif terhadap ancaman dadah dilaksanakan, Malaysia masih kurang berjaya menanganinya. Penagihan dadah misalnya dilihat semakin meningkat. Persoalannya, kenapakah pengedaran dan penagihan dadah semakin meningkat setiap tahun, walaupun strategi dan pendekatan dasar yang memperuntukkan hukuman mati mandatori kepada pesalah pengedaran dadah telah dikuatkuasakan. Kajian ini menghujahkan permasalahan dadah di Malaysia mengancam keselamatan individu-komuniti dan keselamatan kesihatan, iaitu dua elemen penting dalam konsep keselamatan insan. Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu untuk menganalisis tren ancaman dadah, menganalisis dadah sebagai ancaman keselamatan individu-komuniti dan keselamatan kesihatan dan menilai pendekatan keselamatan negara berkaitan dengan dadah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan telah menjalankan kajian lapangan antara bulan Jun 2012 hingga September 2013. Data primer dikumpulkan daripada pemerhatian di sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Indonesia, lapangan terbang, pusat hiburan dan kawasan penagihan (pot). Temu bual mendalam separa berstruktur, melibatkan 34 orang informan dari agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO), sarjana, pakar bidang serta banduan dadah dalam penjara. Data sekunder dikumpulkan daripada sumber cetakan akademik dan elektronik terpilih dan berwibawa. Hasil kajian mendapati bahawa sindiket berperanan dalam merekrut penagih dadah untuk menjadi pengedar, justeru mengancam keselamatan insan. Ancaman jenayah dan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS adalah antara kesan daripada penularan dadah. Kajian memaparkan terdapat kelompangan, iaitu kelemahan penguatkuasaan seperti tindakan, tangkapan dan pertuduhan, dalam pendekatan pengurusan menangani ancaman dadah. Hal ini termasuk pendekatan pengurusan kepada bekas pesalah penagih dadah (Orang Kena Pengawasan) dan pesalah pengedar dadah (Orang Kena Sekatan). Kajian menunjukkan keselamatan negara boleh tergugat jika rakyat (insan) lemah dan terancam disebabkan oleh ancaman bukan tradisional seperti dadah. Kajian ini mencadangkan supaya Malaysia mengubah pendekatan daripada keselamatan negara keselamatan insan dalam menangani isu ancaman dadah,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Keselamatan | |
dc.subject | Dadah | |
dc.subject | National security -- Malaysia | |
dc.title | Ancaman keselamatan bukan tradisional: dadah dan keselamatan insan di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 338 | |
dc.identifier.callno | HQ281.M833 2016 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002809(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96873+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 663.53 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.