Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497566
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoorazuan Md. Hashim, Dr.-
dc.contributor.authorShamsuddin Man (P62753)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:05:40Z-
dc.date.available2023-10-13T08:05:40Z-
dc.date.issued2017-06-15-
dc.identifier.otherukmvital:85399-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497566-
dc.descriptionPertambahan populasi bandar dan penguncupan rezab air merupakan masalah terbesar yang dihadapi oleh pihak pengurus air di Selangor. Justeru, pihak kerajaan telah mempromosikan penggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif dalam kalangan pengguna. Bagaimanapun, kesan aspirasi dan tahap penerimaan di kalangan pengguna yang berpotensi serta tahap keupayaan masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap aspek persepsi, kesedaran pengguna serta halangan dalam penggunaan kaedah berkenaan. Kajian juga cuba mengesan dan meramalkan kebolehpercayaan kaedah di samping mengenalpasti isu, permasalahan serta penyelesaian di dalam perlaksanaan sistem berkenaan. Metodologi kajian yang dirangka lebih bersifat pendekatan bercampur yang berpaksikan kepada kaedah triangulasi. Penelitian berkaitan persepsi masyarakat dilihat sebagai kajian eksploratif, kajian keupayaan sistem di lapangan diteliti di dalam kerangka eksperimental manakala perbincangan isu serta permasalahan perlaksanaan dikaji menerusi pendekatan kajian evaluatif. Dapatan kajian menunjukkan majoriti besar (88 %) responden menganggap air dari tuaian hujan tidak layak digunakan untuk kegunaan air minuman sebaliknya, mereka sangat bersetuju tadahan air berkenaan sangat sesuai untuk aktiviti di 'luar badan manusia' termasuklah kegunaan tandas (82 %) dan siraman tanaman (96 %). Tiada perbezaan signifikan di antara hubungan tahap pendidikan dengan minat untuk memasang sistem berkenaan di rumah. Hasil eksperimental di tapak kajian menunjukkan isipadu tuaian hujan mempunyai julat yang besar, iaitu dari serendah 0.018 m3 sehingga setinggi 2.722 m3. Model hubungan antara isipadu tuaian hujan dan kedalaman hujan menghasilkan nilai R2 yang tinggi. Julat tahap kebolehpercayaan sistem adalah di antara 95.5 sehinggalah 100 peratus yang sangat bergantung kepada keperluan air harian dan kedalaman hujan. Hasil kajian ini mendapati segelintir pengguna domestik dilihat masih lagi kabur berkenaan infrastruktur asas dan keupayaan sistem berkenaan dan seharusnya kempen promosi mengenai kaedah ini perlu dilakukan seawal di peringkat sekolah lagi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSistem penuaian air hujan-
dc.subjectBandar Baru Bangi-
dc.subjectPengguna-
dc.subjectPersepsi-
dc.subjectBekalan air-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTahap penerimaan masyarakat dan keupayaan sistem penuaian air hujan di Bandar Baru Bangi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages227-
dc.identifier.barcode002599(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85399+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
96.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.