Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497564
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharifah Munirah Alatas, Dr. | - |
dc.contributor.author | Noraini Zulkafli @ Zulkifli (P55347) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:05:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:05:38Z | - |
dc.date.issued | 2016-09-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84661 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497564 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan bagi menganalisis Kepentingan Selat Melaka kepada Jepun serta menganalisis potensi Jepun sebagai sebuah kuasa maritim di Asia Pasifik. Kajian ini menghujahkan Jepun mempunyai kepentingan ekonomi dan strategik di Selat Melaka. Sehubungan itu, Jepun telah memodenkan angkatan Maritime Self-Defense Forces (MSDF) bagi membolehkan ianya menjadi efisien dan bekerjasama dengan pasukan pengawal pantai negara- negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, untuk mengenalpasti latar belakang sosio- ekonomi Jepun; kedua, untuk mengkaji kepentingan Selat Melaka kepada ekonomi dan strategi maritim Jepun; dan ketiga, untuk menganalisis potensi Jepun sebagai sebuah negara kuasa maritim di Asia Pasifik. Teori neorealisme digunakan bagi menerangkan tindakan Jepun untuk menjaga kepentingan nasionalnya. Data primer telah dikumpulkan melalui temubual bersemuka daripada informan yang terlibat dalam keselamatan maritim di Selat Melaka iaitu responden dari negara pesisir serta negara pengguna iaitu Jepun, Amerika Syarikat, India dan China. Pengantara mel-eletronik turut digunakan bagi informan yang jauh. Kajian lapangan telah dilakukan di Malaysia, Singapura dan Jepun pada tahun 2013 dan 2014. Sementara data sekunder telah dikumpulkan dari kajian bercetak yang sahih. Dapatan kajian mendapati bahawa pertama, bukan sahaja aktiviti perdagangan negara Jepun yang meningkat dari tahun 2001 hingga 2014 tetapi jenayah maritim juga turut meningkat; kedua, Jepun membuat perubahan dasar bagi membantu negara pesisir menjaga keselamatan pelayaran dan maritim di sekitar kawasan Selat Melaka; ketiga, Jepun telah meningkatkan kemampuan angkatan MSDF untuk membantu negara pesisir; keempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Jepun juga turut memainkan peranan yang penting dalam membantu negara pesisir terutama sekali dalam aspek teknikal. Kajian ini merumuskan Jepun mempunyai potensi untuk menjadi kuasa maritim di Asia Pasifik namun menghadapi beberapa kekangan iaitu bajet pertahanan dan pembangunan (R&D) yang terhad, kekurangan sumber manusia dan perlu mengkaji semula perjanjian pertahanan Jepun – Amerika Syarikat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Selat Melaka | - |
dc.subject | Kuasa maritim | - |
dc.subject | Jepun | - |
dc.subject | Asia Pasifik | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kepentingan nasional Jepun di Selat Melaka | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 254 | - |
dc.identifier.barcode | 002556(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84661+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 531.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.