Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497562
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Yusof Abdullah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMelly Ridaryanthi (P52658)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:05:35Z-
dc.date.available2023-10-13T08:05:35Z-
dc.date.issued2016-08
dc.identifier.otherukmvital:84659
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497562-
dc.descriptionAdaptasi antarabudaya adalah satu aspek yang penting dalam setiap penghijrahan untuk tujuan penyesuaian diri melalui interaksi dan komunikasi antara penghijrah dan tuan rumah. Penghijrahan warga Indonesia sebagai tenaga kerja ke Malaysia telah bermula sejak beberapa dekad lepas dan menyumbang kepelbagaian ke atas budaya negara tamu. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pola adaptasi dan transformasi antarabudaya yang dialami oleh penghijrah dan tuan rumah melalui penghijrahan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman penghijrahan, meneliti komunikasi antara penghijrah dan tuan rumah, mengenal pasti kewujudan kejutan budaya, dan menentukan proses serta pengalaman adaptasi penghijrah dan tuan rumah. Teori Bersepadu Komunikasi dan Adaptasi Antarabudaya oleh Kim dan Pola Adaptasi Lekuk-U oleh Lysgaard menjadi asas kerangka teori kajian. Kedua-dua teori ini menjelaskan tahap dan proses adaptasi antarabudaya dalam penghijrahan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan perbincangan kumpulan fokus dan temubual mendalam. Enam perbincangan kumpulan fokus dijalankan ke atas TKI di Malaysia yang terdiri daripada pekerja kilang, buruh binaan dan pekerja khidmat kebersihan, dan lima belas informan dalam kalangan tuan rumah ditemubual secara mendalam. Informan untuk perbincangan kumpulan fokus dan temubual mendalam dipilih melalui teknik persampelan snowball. Hasil kajian mendapati bahawa penghijrahan TKI didorong oleh faktor penolak seperti kurang pendidikan, sedikit peluang pekerjaan dan kesukaran ekonomi di negara asal, dan faktor penarik seperti gaji yang lumayan dan peluang mencari kerja yang lebih baik di negara tamu. Kajian ini juga menunjukkan bahawa banyak penghijrah tidak melakukan persediaan untuk mempelajari mengenai negara tamu sebelum datang ke Malaysia, dan ini menyebabkan berlakunya kejutan budaya. Tuan rumah juga tidak bersedia untuk menerima penghijrah dan tidak bersedia untuk menghadapi dinamika budaya baru ini. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penghijrah tidak melalui fasa bulan madu kerana mereka terus diarahkan untuk bekerja sejurus tiba di negara tamu. Walaupun perkongsian budaya berlaku dalam komunikasi harian, namun budaya asal penghijrah dan tuan rumah masih tetap dikekalkan melalui enklaf budaya masing-masing. Meskipun akulturasi wujud dalam kalangan penghijrah, namun interaksi dengan tuan rumah kebanyakannya berlaku pada permukaan sahaja dan tertumpu kepada perkara berkaitan pekerjaan. Justeru, adaptasi antarabudaya melalui penghijrahan TKI ke Malaysia ini menyebabkan kewujudan transformasi antarabudaya dalam kalangan penghijrah dan tuan rumah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectAdaptasi antarabudaya
dc.subjectWarga Indonesia
dc.subjectTenaga kerja
dc.subjectPenghijrah
dc.subjectTuan rumah
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAdaptasi antarabudaya melalui penghijrahan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia daripada pespektif penghijrah dan tuan rumah
dc.typeTheses
dc.format.pages311
dc.identifier.barcode002554(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84659+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
335.62 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.