Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497561
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chang Peng Kee, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Ruslan Ramli (P60514) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:05:34Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:05:34Z | - |
dc.date.issued | 2016-10-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84658 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497561 | - |
dc.description | Apabila sengketa persempadanan berlaku antara dua negara, pelaporan media dalam talian kedua-dua negara yang terlibat menarik perhatian pengkaji untuk memahami faktor-faktor di dalam bilik berita yang mempengaruhi laporan tersebut. Penyelidikan ini mengkaji condong berita, bentuk pembingkaian berita dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita berkenaan isu persempadanan Camar Bulan dan Tanjung Datu dalam Kompas.com dan Utusan Online. Analisis kandungan kualitatif berpadukan model bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral dan penyelesaian masalah telah diaplikasi dalam kajian ini. Temu bual mendalam juga telah dilakukan. Analisis kandungan mendapati bahawa Kompas.com bersifat dinamik, kontemporari dan menggunakan konsep kewartawanan perang, manakala Utusan Online bersifat normatif, tradisional dan berkonsepkan kewartawanan damai serta neutral. Dalam proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online memberikan penekanan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam pembinaan bingkai berita isu persempadanan ini. Pembingkaian berita kedua-dua media dalam talian juga dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media oleh pemerintah, pemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran yang dititikberatkan adalah minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti-Malaysia, agensi berita asing, kepentingan rakyat dan negara, dan politik dalaman negara. Kajian ini memberikan sumbangan penting untuk memahami bagaimana nasionalisme adalah elemen yang amat penting dalam melaporkan berita yang membabitkan dua negara. Nasionalisme adalah paling dominan apabila melihat kepada penilaian moral dan juga penyusunan kandungan sesebuah berita. Oleh itu, kajian ini memberikan implikasi bahawa nasionalisme sememangnya sukar dielak dalam membina berita persempadanan terutamanya dalam kes antara Indonesia dan Malaysia. Perkara ini membangkitkan isu objektiviti kewartawananan kerana dalam kajian ini subjektiviti kewartawanan tetap relevan dalam penyusunan berita melibatkan negara masing-masing. Subjektiviti tersebut adalah dalam bentuk nasionalisme.,Tesis ini tidak ada Perakaun Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembingkaian berita | |
dc.subject | Isu sempadan | |
dc.subject | Camar Bulan | |
dc.subject | Tanjung Datu | |
dc.subject | Kompas.com | |
dc.subject | Utusan Online | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembingkaian berita persempadanan Camar Bulan dan Tanjung Datu oleh Kompas.com dan Utusan Online | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 312 | |
dc.identifier.barcode | 002553(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84658+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 380.01 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.