Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497542
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohamad Fauzi Sukimi, Dr. | |
dc.contributor.author | Junardi Harahap (P43298) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:05:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:05:03Z | - |
dc.date.issued | 2014-10-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82113 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497542 | - |
dc.description | Kajian ini mengupas tentang pertembungan antara amalan tradisional dan amalan moden dalam penjagaan kesihatan reproduksi wanita Sunda akibat proses pembangunan di Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk mendeskripsikan respons masyarakat yang berupa anjuran, pantang larang dan aspek penjagaan kesihatan reproduksi wanita Sunda semasa: (a) mengandung, (b) bersalin, (c) selepas bersalin, dan (d) dalam aspek perancangan keluarga (Keluarga Berencana). Selanjutnya, analisis dibuat untuk melihat sama ada anjuran, pantang larang, dan penjagaan kesihatan reproduksi wanita Sunda pada masa kini masih bersifat tradisional, atau sudah moden sepenuhnya, atau berupa gabungan antara kedua-duanya. Kajian ini dilakukan di desa Ciburial, Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dua teknik pengumpulan data telah digunakan, iaitu, temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Temu bual mendalam dilakukan ke atas 30 orang informan yang terdiri daripada wanita yang berkahwin dan 11 informan utama yang terdiri daripada paraji (bidan kampung), pengamal perubatan tradisional dan tokoh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat respons masyarakat yang berupa anjuran, pantang larang dan dalam aspek penjagaan kesihatan reproduksi wanita Sunda semasa: (a) mengandung, (b) bersalin, (c) selepas bersalin, dan (d) dalam aspek perancangan keluarga (Keluarga Berencana). Contohnya, ubat-ubatan tradisional dan moden digunakan secara bersama ketika berpantang. Hal ini menunjukkan respons masyarakat berupa anjuran, pantang larang dan dalam aspek penjagaan kesihatan reproduksi wanita Sunda dapat berjalan seiring, saling melengkapi dan bertahan dalam arus pembangunan sektor kesihatan yang berlangsung di desa Ciburial, Kabupaten Bandung. Hal ini menunjukkan bahawa dalam arus pembangunan atau pemodenan yang berlangsung dalam suatu masyarakat, tidak semua aspek kehidupan yang bersifat tradisional akan ditinggalkan kerana dianggap bertentangan dengan kehidupan moden yang berteraskan pemikiran rasional.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Respons masyarakat terhadap pembangunan sektor kesihatan di Desa Ciburial Indonesia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 288 | |
dc.identifier.callno | HM761 .J844 2014 | |
dc.identifier.barcode | 001752 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82113+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.