Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497538
Title: | Sejarah pemikiran pandang ke timur: kepentingan Jepun dalam pembangunan sosio-ekonomi Malaysia (1906-1980) |
Authors: | Uqbah Muhammad Iqbal (P64177) |
Supervisor: | Nordin Hussin, Prof. Dr. |
Keywords: | Pandang Ke Timur Kolonial British Zaman Jepun Sosio-ekonomi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jul-2015 |
Description: | Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pascakolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad. Justeru itu permasalahan pokok dalam kajian ini adalah untuk merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia sebelum ia menjadi dasar utama yang dibentuk oleh Dr. Mahathir Mohamad. Lima objektif kajian ini ialah menganalisis kewujudan awal pemikiran Pandang Ke Timur semasa zaman kolonial British, menganalisis kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur dalam akhbar dan majalah semasa zaman pendudukan Jepun, menganalisis sejarah konflik antara pemikiran Pro-Barat dan pemikiran Pandang Ke Timur hasil kepentingan pelaburan negara-negara Barat dan Jepun di Tanah Melayu semasa zaman kolonial, menganalisis kesinambungan konflik antara pemikiran Pandang Ke Timur dan pemikiran Pro-Barat semasa Perang Dunia Kedua melalui konsep Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya dan menganalisis sejarah konflik antara pemikiran Pro-Barat dan pemikiran Pandang Ke Timur selepas Perang Dunia Kedua, di sebalik Dasar Pro-Barat negara semasa era Tunku Abdul Rahman dan pengembangan pemikiran Pandang Ke Timur di sebalik Dasar Berkecuali negara semasa era Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Dari segi metodologi yang digunakan, tahap awal penyelidikan ini adalah dengan mengenalpasti dan mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder daripada perpustakaan-perpustakaan, arkib-arkib dan laporan-laporan daripada pelbagai organisasi kerajaan. Penemuan kajian ini memperlihatkan bahawa cetusan idea pemikiran mengenai Pandang Ke Timur pertama kali diutarakan pada bulan Julai 1906 oleh golongan Kaum Muda melalui penerbitan majalah al-Imam. Idea ini kemudian dikembangkan oleh akhbar dan majalah lain di Tanah Melayu sehingga menjelang Perang Dunia Kedua. Semasa pendudukan Jepun, walaupun bidang persuratkhabaran Tanah Melayu telah dijadikan alat propaganda oleh pentadbiran tentera Jepun, pemikiran Pandang Ke Timur masih diteruskan menerusi pelbagai akhbar dan majalah terutamanya Berita Malai, Malai Sinpo, Semangat Asia, Suara Timur dan Fajar Asia. Menyedari kepentingan pelaburan Jepun terhadap ekonomi Malaysia, pemikiran Pandang Ke Timur masih dikekalkan semasa era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Kesinambungan pemikiran Pandang Ke Timur yang diteruskan oleh tiga tokoh Perdana Menteri ini menyaksikan Jepun muncul sebagai rakan dagang utama Malaysia apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara.,Ph.D. |
Pages: | 486 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81779+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.