Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497534
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSamsudin A. Rahim, Prof. Dr.
dc.contributor.authorFaradillah Iqmar Omar (P53777)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:04:54Z-
dc.date.available2023-10-13T08:04:54Z-
dc.date.issued2015-12-25
dc.identifier.otherukmvital:81720
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497534-
dc.descriptionRevolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberikan impak yang besar terhadap pelbagai aspek kehidupan dan sistem komunikasi masyarakat. Penggunaan Internet melalui revolusi ICT bukan sahaja berfungsi sebagai saluran komunikasi dan sumber maklumat tetapi juga sebagai alat perniagaan atas talian. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana penyertaan digital melalui pelbagai aplikasi atas talian mempengaruhi pemerkasaan dan transformasi usahawan wanita. Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan beberapa faktor seperti penggunaan Internet, penyertaan digital, ciri-ciri keusahawanan dan sistem sokongan yang berperanan membawa perubahan terhadap pemerkasaan dan transformasi usahawan wanita atas talian. Kerangka model kajian ini adalah gabungan daripada Teori Jurang Digital, Integrasi Dimensi Keusahawanan dan Teori Pemerkasaan Wanita CARE. Data kajian dikumpul melalui kaedah tinjauan terhadap 402 responden wanita berumur 18 hingga 50 tahun yang menjalankan perniagaan atas talian. Dua kaedah tinjauan yang telah dijalankan iaitu temu bual secara bersemuka (di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam dan Bangi) dan secara atas talian (e-mel dan Facebook). Hasil kajian mendapati 46% responden telah menggunakan Internet melebihi dari 10 tahun dan 55% responden secara aktif terlibat dalam mengiklankan produk perniagaan atas talian. Sebanyak 7 hipotesis telah diuji. Di antaranya didapati bahawa pemerkasaan usahawan wanita banyak dipengaruhi oleh risiko perniagaan dan inovasi produk sebagai penyumbang utama. Namun begitu penggunaan Internet dan penyertaan digital juga memberikan sumbangan yang signifikan. Mengenai transformasi usahawan wanita pula, faktor pemerkasaan melalui sub dimensi hubungan sosial adalah penyumbang utama. Dalam konteks ini, integrasi antara komunikasi dan pemerkasaan keusahawanan merupakan elemen penting yang dilihat membawa kepada transformasi usahawan wanita atas talian. Dengan ini, penyertaan digital bukan sahaja mengurangkan jurang digital tetapi dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan transformasi usahawan wanita atas talian di negara ini.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenyertaan digital
dc.subjectAtas talian
dc.subjectUsahawan wanita
dc.subjectPemerkasaan
dc.subjectTransformasi
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenyertaan digital dalam pemerkasaan dan transformasi usahawan wanita atas talian di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages214
dc.identifier.barcode002251
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81720+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
441.11 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.