Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497532
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShaiful Bahri Md Radzi, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Zubaidah Raja Mohamed (P48303)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:04:52Z-
dc.date.available2023-10-13T08:04:52Z-
dc.date.issued2015-08-28-
dc.identifier.otherukmvital:81718-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497532-
dc.descriptionKajian ini membicarakan ketokohan dan pemikiran Sulaiman bin Muhammad Nur atau lebih dikenali sebagai Munsyi Sulaiman. Beliau bapa kepada Ibu Zain dan datuk kepada Adibah Amin, adalah seorang guru berketurunan Siak yang berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1879 ketika usianya 11 tahun. Sebagai seorang guru, beliau berusaha menyedarkan orang Melayu tentang keterpinggiran mereka di tanah air sendiri. Berlatarkan zaman penjajahan pada awal abad ke-20 yang mengekang segala bentuk penulisan antipemerintah, Munsyi Sulaiman menyuarakan pandangannya yang bersifat 'nasionalisme' menerusi teka-teki. Sehubungan dengan itu, kajian ini ingin mengungkapkan bagaimana Munsyi Sulaiman menggunakan teka-teki sebagai wadah penyaluran pandangan nasionalisme yang bersifat sensitif itu daripada dikesani penjajah British. Data kajian ini merupakan sebuah koleksi teka-teki berjumlah 153 buah gubahan Munsyi Sulaiman pada tahun 1906 yang dikenali sebagai Kitab Gemala Hikmat. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah bagi menganalisis zaman dan peristiwa yang diungkapkan dalam koleksi teka-teki itu bagi mentafsir segala mesej, kritikan dan kecaman yang disuarakannya. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa Munsyi Sulaiman adalah antara pejuang nasionalisme terawal dalam kalangan golongan guru. Secara berselindung, beliau berjaya mengaburkan segala mesej, kritikan dan kecamannya daripada dikesan British kerana memilih teka-teki berbanding pantun dan syair yang lebih popular. Mesej, kritikan dan kecaman itu dirakam di sebalik soalan tanpa dapat dijejak memandangkan fungsi genre ini adalah sebagai hiburan bagi menduga akal. Sasaran kritikan Munsyi Sulaiman ditujukan kepada orang Melayu sendiri, golongan imigran dan juga British baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Orang Melayu dianggapnya malas, mudah berpuas hati, mudah merasa selesa dan tidak berwawasan manakala British dikritik kerana menganaktirikan Melayu berbanding golongan imigran. Dalam konteks Melayu, kritikan beliau adalah merupakan kritikan diri sendiri dalam usaha menyedarkan orang Melayu agar bangkit mempertahankan hak mereka daripada terus ditindas dan dianaktirikan di tanah air sendiri oleh penjajah British. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan bahawa teka-teki bukan sekadar berperanan sebagai alat menduga akal dalam berhibur tetapi mempunyai peranan yang lebih signifikan iaitu sebagai alat penyampaian mesej yang sensitif secara tersirat.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMunsyi Sulaiman-
dc.subjectKoleksi teka-teki-
dc.subjectKitab Gemala Hikmat-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKetokohan dan pemikiran Munsyi Sulaiman berdasarkan Kitab Gemala Hikmat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages341-
dc.identifier.barcode002249-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81718+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.