Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497531
Title: Pendekatan ranah semantik dalam sinonim leksikal kata kerja persepsi visual bahasa Melayu
Authors: Rusmadi Baharudin (P37721)
Supervisor: Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr.
Keywords: Sinonim
Kata kerja
Bahasa Melayu
Ranah semantik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-May-2015
Description: Pendeskripsian dan pembezaan makna dan sensa suatu kata sebenarnya suatu usaha yang sukar. Apatah lagi jika pendeskripsian makna suatu kata itu berhadapan dengan masalah ketaksaan dan kekaburan yang sukar ditangani secara berprinsip dan objektif. Masalah ini semakin rumit apabila kaedah ujian semantik untuk membezakan sensa bagi polisemi diterapkan kepada sinonim. Ada ketidaktekalan pendapat dalam menentukan kata mana perlu disebutkan dalam entri dan dan kata mana pula harus digugurkan. Dengan menggunakan kerangka kerja teori Frame Semantics dan berpandukan pangkalan data leksikal FrameNet, kajian ini membuat pendeskripsian leksikografis kata kerja melihat dan anggota sinonimnya, iaitu memandang, nampak, merenung, memerhatikan, menonton, menatap, mengamati, mengintai, menengok, dan mengintip. Buktian daripada korpus dan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kata kerja melihat yang merupakan kata nuklear bagi kata kerja persepsi visual dalam bahasa Melayu ini bukan sahaja menda hului angka kekerapan dalam janaan konkordans di dalam Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, malah kata ini turut menunjukkan dominasi dalam bilangan potensi makna, iaitu jauh meninggalkan rakaman makna yang dipaparkan oleh kamus, baik variasi semasiologinya (aspek kepolisemian) yang mekar kembangan maknanya, mahupun variasi onomasiologinya (aspek kesinoniman) yang banyak bilangan anggota sinonimnya. Untuk makna teras, kajian ini mendapati bahawa kata kerja melihat beroperasi dalam tiga ranah semantik, iaitu: [PERSEPSI_AKTIF] yang menunjangi makna aktiviti visual; [PERSEPSI_PENGALAMAN] yang memotivasikan makna pengalaman visual; dan [PENAMPILAN] yang menjelmakan makna penampilan visual. Bagi makna kembangan pula, kata melihat menampilkan pelbagai pola penggunaan yang dapat dibahagikan kepada lima penggunaan metaforikal, iaitu: bukan persepsi visual; kognisi; penelitian; sosial; dan pragmatik. Pembezaan sinonim melihat menunjukkan bahawa beberapa kata yang dikelompokkan dan dikategorikan sebagai bersinonim dengan kata melihat mempunyai ciri-ciri kelainan perilaku semantiknya. Perbezaan makna ditemui dalam makna teras dan juga dalam makna kembangan. Daripada segi dampak teoretis dan dapatan deskriptif kepada ilmu dan amalan leksikografi, kajian ini memberikan sumbangan terhadap kaedah penyelisikan makna kata secara sistematis dan penambahbaikan dalam penulisan entri baru untuk projek penyusunan kamus bahasa Melayu.,Ph.D.
Pages: 298
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81716+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
463.14 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.