Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497530
Title: | Representasi budaya seram dalam filem cereka Melayu |
Authors: | Hani Salwah Yaakup (P60517) |
Supervisor: | Wan Amizah Wan Mahmud, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Filem cereka Melayu Genre seram Masyarakat Melayu. Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Nov-2015 |
Description: | Filem cereka Melayu bergenre seram tempatan seringkali dikritik tidak menawarkan sebarang falsafah yang membina, mempromosikan kepercayaan tahyul dan khurafat, memaparkan kepercayaan tradisional yang tidak tepat, mempamerkan peranan agamawan yang kucar-kacir dan merendahkan kebolehan filem cereka Melayu untuk turut bersaing di peringkat antarabangsa. Kajian ini bertujuan melihat bagaimana budaya seram masyarakat Melayu direpresentasikan menerusi filem cereka Melayu tempatan. Penyelidikan ini memberi fokus pada empat objektif kajian: mengenal pasti elemen budaya seram Melayu yang direpresentasikan menerusi filem-filem cereka Melayu bergenre seram, menjelaskan perubahan elemen budaya seram Melayu yang direpresentasikan menerusi filem cereka Melayu bergenre seram, menganalisis faktor transformasi representasi budaya seram Melayu menerusi filem cereka Melayu bergenre seram dan membina sebuah representasi seram semasa dalam masyarakat Melayu. Kerangka teori yang digunakan adalah gabungan Teori Representasi Sosial dengan kerangka kepercayaan masyarakat Melayu oleh Mohd Taib Osman yang memecahkan hasil kajian kepada dua iaitu kepercayaan sepunya (themata) danb transformasi. Sementara itu, pendekatan kajian adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian analisis tekstual McKee (2003) ke atas filem cereka Melayu bergenre seram. Jangka masa kajian adalah menerusi tiga fasa penting kerancakan produksi filem seram tempatan iaitu Fasa 1 (1957-1967), Fasa 2 (1980-1990) dan Fasa 3 (2001-2011). Menerusi kepercayaan sepunya (themata), budaya seram yang dikenal pasti adalah gabungan kepercayaan tradisional, kepercayaan agama dan kepercayaan popular masyarakat Melayu. Sementara untuk ransformasi, terdapat perubahan budaya seram yang dipaparkan pada setiap kepercayaan iaitu dari representasi dari mitos ke legenda kepada pembauran budaya asing dan representasi bersifat ibadah kepada representasi bersifat tauhid dalam kepercayaan agama. Representasi kepercayaan popular pula terlalu sedikit divisualkan yang wujud bersekali dengan kepercayaan lain dan perubahan representasi golongan bomoh sebagai penyelamat berubah kepada golongan agamawan. Melihat faktor transformasi representasi seram pula bergantung kepada situasi semasa seperti semangat nasionalisme, kemodenan, perjuangan sosio-ekonomi, peningkatan dalam pendidikan, pengenalan fiksyen sains, dasar penapisan filem, faktor ekonomi pengusaha produksi perfileman, kritikan daripada segi sosial, ekonomi dan masyarakat dan kebangkitan feminisme. Pembinaan budaya seram semasa yang direpresentasikan dalam filem cereka Melayu adalah gabungan kesemua kepercayaan di samping pembauran budaya asing yang turut menyuntik kelainan kepada representasi budaya seram tempatan. Kesimpulannya, filem cereka Melayu tempatan masih lagi mengekalkan kepercayaan tradisional, kepercayaan agama dan kepercayaan popular serta turut berasimilasi dengan perkembangan ekonomi, sosial dan politik semasa tempatan dan antarabangsa. Malah kajian budaya seram dalam tiga fasa berlainan ini membuktikan kemasukan budaya luar telah memberi kesan yang nyata bila mana budaya asing ini turut diterima sebagai kepercayaan tradisional masyarakat Melayu.,Ph.D. |
Pages: | 390 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81715+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.