Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497529
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fatimah Yussoff, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Anor Wan Sulaiman (P57997) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:04:49Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:04:49Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81713 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497529 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk meneroka persoalan tentang keberkesanan modul intervensi Terapi Kognitif dan Terapi Tingkah laku dalam kaunseling kelompok bagi mengurangkan tekanan dalam kalangan jururawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Kota Kinabalu. Terdapat dua objektif yang menjadi panduan dalam kajian kaedah gabungan ini. Pertama, kajian ini menguji kesan Kaunseling Kelompok Terapi Kognitif (KKTK) dengan mengukur perbezaan antara ujian pra dengan ujian pasca tekanan jururawat yang mengikuti KKTK (Kumpulan Rawatan) dengan jururawat yang tidak mengikuti KKTK (Kumpulan Kawalan). Kedua, adalah menguji kesan Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah laku (KKTT) dengan mengukur perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca tekanan jururawat yang mengikuti KKTT (Kumpulan Rawatan) dengan jururawat yang tidak mengikuti KKTT (Kumpulan Kawalan). Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan perubahan yang besar dalam pengurangan tekanan jururawat yang mengikuti KKTK. Begitu juga kajian ini menunjukkan terdapat kesan perubahan yang besar dalam mengurangkan tekanan kepada jururawat yang mengikuti KKTT. Berdasarkan perbandingan antara kedua-dua kaunseling kelompok ini, didapati KKTK lebih memberi kesan dalam mengurangkan tekanan. Sebaliknya, jururawat Kumpulan Kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam mengurangkan tekanan. Kajian ini juga menunjukkan modul rawatan yang disediakan dengan menggunakan Terapi Kognitif dan Terapi Tingkah laku sangat sesuai digunakan untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan jururawat hospital. Diharapkan dapatan kajian ini boleh diaplikasikan kepada jururawat-jururawat hospital kerajaan yang mengalami tekanan yang tinggi. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat meningkatkan lagi kualiti pekerjaan jururawat dengan menggunakan modul ini untuk mengurangkan tahap tekanan yang dialami oleh para jururawat.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Jururawat | - |
dc.subject | Tahap tekanan | - |
dc.subject | Terapi kognitif | - |
dc.subject | Terapi tingkah laku | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Keberkesanan modul intervensi terapi kognitif dan terapi tingkah laku dalam kaunseling kelompok menangani tekanan terhadap jururawat | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 359 | - |
dc.identifier.barcode | 002246 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Keberkesanan modul intervensi terapi kognitif dan terapi tingkah laku dalam kaunseling kelompok menangani tekanan terhadap jururawat.pdf Restricted Access | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.