Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497527
Title: | Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pembinaan perumahan di Pulau Pinang |
Authors: | Mohd Hafiidz Jaafar (P64777) |
Supervisor: | Kadir Arifin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pengurusan keselamatan Kesihatan pekerjaan Industri pembinaan Projek perumahan Komitmen pengurusan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Nov-2015 |
Description: | Industri pembinaan di Malaysia merupakan antara penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi. Pada masa yang sama, sektor ini juga merupakan penyumbang utama kepada kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja walaupun langkah pencegahan telah diambil. Pengurusan kepada faktor penyumbang seperti elemen manusia, elemen tempat kerja, elemen pengurusan dan elemen luaran adalah sangat penting bagi mengatasi masalah kemalangan di tapak bina. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membentuk satu kerangka kerja pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pembinaan dengan tujuan untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan faktor penyumbang kemalangan dan penyakit pekerjaan di tapak bina. Bagi mencapai tujuan ini, sebanyak 13 projek perumahan yang berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta mendapat kelulusan untuk menjalankan kerja pembinaan dalam tahun 2012 telah dipilih di Pulau Pinang. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang telah digunakan iaitu kaedah soal kaji selidik dan kaedah temu bual. Perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis data melalui ujian korelasi Spearman bagi melihat perhubungan antara pembolehubah dan ujian Mann-Whitney U dalam membuat perbandingan antara pembolehubah. Terdapat seramai 135 responden yang diwakili oleh personel binaan tempatan untuk kaedah soal kaji selidik dan 13 responden yang diwakili oleh pihak pengurusan untuk kaedah temu bual. Senario industri pembinaan di Malaysia adalah menggalakkan dan berhubung kait dengan industri lain di Malaysia. Pada masa yang sama, tahap kemalangan dalam industri ini didapati berada di tahap yang kritikal. Hasil kajian mendapati elemen tempat kerja dan elemen manusia merupakan faktor penyumbang kemalangan dan penyakit pekerjaan yang paling signifikan dengan nilai min purata tertinggi iaitu 3.58 dan 3.45. Personel binaan bagi perumahan bertingkat tinggi mempunyai persepsi yang lebih negatif berkaitan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan di tapak bina. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara elemen pengurusan terhadap kemalangan dan penyakit pekerjaan di tapak bina. Komitmen pengurusan telah dikenalpasti sebagai satu instrumen penting dalam mendorong kepada pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan dalam industri pembinaan. Kerangka kerja pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi industri pembinaan perumahan telah berjaya dibentuk. Ia boleh dijadikan panduan dalam usaha menguruskan permasalahan yang wujud di tapak bina dan menyumbang kepada pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lebih efektif dalam industri pembinaan di Malaysia.,Tesis dalam bentuk CD ini mempunyai 2 naskhah.,Ph.D. |
Pages: | 332 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81711+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.