Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497522
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFatimah Omar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorChristopher Abas (P60532)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:04:43Z-
dc.date.available2023-10-13T08:04:43Z-
dc.date.issued2015-05-10-
dc.identifier.otherukmvital:81703-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497522-
dc.descriptionKajian lepas menunjukkan keadilan organisasi merupakan peramal penting kepada tingkah laku kerja tidak produktif (TLKTP) terutamanya dalam literatur di barat. Walau bagaimanapun, literatur sedia ada tidak memberi gambaran jelas tentang mekanisme pengantara kepada hubungan keadilan organisasi – TLKTP. Selain meneliti pengaruh langsung keadilan organisasi ke atas TLKTP, tujuan utama kajian ini ialah meneliti peranan pengantara persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi dalam hubungan keadilan organisasi dan TLKTP. Seterusnya, kajian ini memberi sumbangan unik kepada perkembangan literatur dengan meneliti peranan pengantara secara bersiri (three path mediation model) persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi dalam menghubungkan keadilan organisasi dan TLKTP. Sampel kajian ini melibatkan seramai 660 orang penjawat awam daripada pelbagai kementerian di Malaysia. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diadaptasi dan diterjemahkan daripada kajian-kajian lepas: Organizational Justice Scale, Perceived Organizational Support Scale, Counterproductive Work Behaviour Checklist dan Emotional Exhaustion Scale. Keputusan kajian menunjukkan hanya keadilan pengagihan dan keadilan interaksi menyumbang secara signifikan kepada TLKTP-organisasi (TLKTP-O) dan TLKTP-interpersonal (TLKTP-I), tetapi tidak bagi keadilan prosedur. Persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi juga didapati mempunyai pengaruh signifikan ke atas TLKTP-O dan TLKTP-I. Selanjutnya, ketiga-tiga bentuk keadilan organisasi tersebut juga mempunyai pengaruh signifikan ke atas persepsi sokongan organisasi. Namun didapati hanya keadilan prosedur dan keadilan interaksi sahaja yang mempunyai pengaruh signifikan ke atas keletihan emosi, tetapi tidak bagi keadilan pengagihan. Berhubung peranan pengantara, analisis bootstrapping menunjukkan persepsi sokongan organisasi merupakan pengantara kepada hubungan di antara ketiga-tiga bentuk keadilan organisasi dengan TLKTP-O dan TLKTP-I. Walau bagaimanapun, keputusan kajian mendapati keletihan emosi hanya berperanan sebagai pengantara kepada hubungan di antara keadilan interaksi dan persepsi sokongan organisasi dengan TLKTP-O dan TLKTP-I. Selain itu, persepsi sokongan organisasi juga bertindak sebagai pengantara kepada hubungan di antara ketiga-tiga bentuk keadilan organisasi tersebut dengan keletihan emosi. Akhirnya, kajian turut menunjukkan bahawa persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi bertindak sebagai pengantara secara bersiri dalam menghubungkan keadilan organisasi dengan TLKTP-O dan TLKTP-I.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeranan pengantara-
dc.subjectKeletihan emosi-
dc.subjectHubungan keadilan-
dc.subjectOrganisasi-
dc.subjectTingkah laku kerja-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeranan persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi dalam hubungan keadilan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif-
dc.typeTheses-
dc.format.pages375-
dc.identifier.barcode002239-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81703+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.