Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497520
Title: Keris 'berisi' dalam pengubatan tradisional Melayu: kajian kes di daerah Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan
Authors: Azlina Musa (P60527)
Supervisor: Yusmilayati Yunos, Dr.
Keywords: Keris
Pengubatan tradisional
Melayu
Bomoh
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Apr-2015
Description: Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meneliti penggunaan keris 'berisi' dalam upacara perbomohan dan pengubatan tradisional Melayu di daerah Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan. Kajian ini menjelaskan bagaimana keris 'berisi' dapat menyembuhkan penyakit, menunaikan hajat yang diminta dan menolak bala. Keris yang dikaji dalam konteks ini bukanlah sembarangan keris, sebaliknya keris yang telah diisi dengan semangat dan unsur ghaib. Data utama kajian ini diperolehi melalui kerja lapangan yang melibatkan proses pemerhatian turut serta, temu bual bersama bomoh, pesakit serta penduduk di kawasan kajian. Temu bual bebas dilakukan dengan enam orang bomoh tradisional yang diiktiraf oleh penduduk setempat. Dapatan kajian ini menunjukkan keris'berisi' dalam konteks pengubatan tradisional Melayu masih lagi aktif diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu di kawasan kajian. Dapatan kajian mendapati keris 'berisi' berperanan sebagai alat ritual yang penting semasa proses menilik, merawat dan menyembuhkan penyakit. Responden kajian mengganggap perbomohan menggunakan keris 'berisi' merupakan suatu alternatif kepada penyembuhan penyakit terutamanya penyakit yang melibatkan gangguan makhluk ghaib. Masyarakat di kawasan kajian percaya keris yang ditempa dengan huruf, abjad, nombor atau ayat tertentu menjadi penawar bagi penyakit angin kejiwaan dan bukan angin kejiwaan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan adanya konsep air tawar iaitu air rendaman keris yang berfungsi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit spiritual dan menunaikan permintaan pesakit. Pendokumentasian kajian ini menunjukkan perbomohan menggunakan keris 'berisi' masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu di kawasan kajian. Responden kajian masih lagi mempercayai keris 'berisi' masih lagi mempunyai kuasa, menyembuhkan penyakit dan menunaikan pelbagai hajat.,Ph.D.
Pages: 408
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81700+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.