Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497518
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhaidzir Ismail, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSiti Marziah Zakaria (P62758)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:04:38Z-
dc.date.available2023-10-13T08:04:38Z-
dc.date.issued2015-05-20
dc.identifier.otherukmvital:81698
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497518-
dc.descriptionKeadaan kehidupan yang dilalui sekarang menentukan kepuasan hidup seseorang. Ia melibatkan penilaian umum terhadap domain-domain yang dianggap penting dalam hidup seperti kesihatan, kewangan dan perkahwinan. Wanita pertengahan usia selalu melaporkan masalah konflik peranan, gangguan kesihatan, kehilangan orang-orang yang tersayang serta bebanan kewangan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran, yang mana sebanyak 70% daripada data adalah berbentuk kuantitatif dan 30% berbentuk kualitatif. Pendekatan yang dipraktikkan adalah pendekatan pemerihalan kerana ia dimulakan dengan kajian kuantitatif, diikuti dengan kajian kualitatif. Tujuan utama kajian adalah untuk mengkaji faktor-faktor peramal dan pengantara kepuasan hidup dalam kalangan wanita bekerjaya pertengahan usia di Hulu Langat, Selangor. Secara khususnya, ia bertujuan untuk: 1) mengenalpasti tahap kepuasan hidup wanita bekerjaya di usia pertengahan, 2) mengenalpasti perbezaan kepuasan hidup antara latar belakang yang berbeza, 3) menentukan faktor kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia, 4) menentukan pengaruh pengantara dalam kepuasan hidup wanita bekerjaya, 5) meneroka makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita bekerjaya pertengahan usia dan 6) meneroka domain kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan bertujuan, daerah Ampang, Cheras dan Kajang telah terpilih sebagai lokasi kajian dan seramai 410 orang sampel telah diperolehi. Dapatan kajian mendedahkan bahawa kepuasan hidup wanita pertengahan usia di Hulu Langat berada pada tahap sederhana. Status perkahwinan, pendapatan dan pekerjaan memberikan perbezaan yang signifikan kepada kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Dapatan juga menunjukkan bahawa sokongan sosial, kesunyian dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepuasan hidup. Penghargaan kendiri dan kesunyian didapati mengantara secara separa hubungan antara sokongan sosial dan kepuasan hidup. Hasil analisis bertema mendapati bahawa kepuasan hidup ditafsirkan sebagai kejayaan atau pencapaian, keredhaan dan kesyukuran, ketenangan jiwa dan keselesaan hidup. Bagi domain kepuasan hidup, sebanyak enam domain terhasil, antaranya pasangan, kediaman, kenderaan dan anak-anak. Dapatan kajian boleh memberi input kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam penggubalan polisi untuk meningkatkan kepuasan hidup wanita.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectFaktor peramal
dc.subjectKepuasan hidup
dc.subjectWanita bekerjaya
dc.subjectPertengahan usia
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeramal kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Hulu Langat, Selangor
dc.typeTheses
dc.format.pages226
dc.identifier.barcode002235
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81698+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
441.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.