Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497514
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamzah Jusoh, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Nazrin Aris Anuar (P61472)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:04:35Z-
dc.date.available2023-10-13T08:04:35Z-
dc.date.issued2015-04-26-
dc.identifier.otherukmvital:81694-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497514-
dc.descriptionSejak kebelakangan ini, persaingan dalam pelancongan bandar adalah sengit. Oleh itu, pihak penyedia pelancongan telah mengambil inisiatif bukan sahaja untuk memenuhi keperluan penduduk setempat tetapi kepada pelancong. Namun, kajian-kajian lepas lebih banyak memberi fokus kepada posisi, imej dan jenama destinasi pelancongan, dan kurang memberi perhatian kepada keperluan para pelancong, terutama pelancong domestik. Dengan mengambil kira bahawa pembangunan destinasi mesra pelancong juga penting kepada pelancong domestik, kajian ini bertujuan untuk membangunkan konsep dan indeks destinasi mesra pelancong berdasarkan dua perspektif; iaitu pihak penyedia pelancongan dan pelancong domestik. Kajian ini menggunakan sistem pelancongan sebagai kerangka utama penyelidikan. Pengumpulan dan analisis data telah dijalankan berdasarkan dua peringkat, iaitu Malaysia di peringkat makro dan Kuala Lumpur di peringkat mikro. Bagi peringkat makro, data sekunder telah digunakan. Sementara bagi peringkat mikro pula, data primer diperolehi melalui kaedah temubual mendalam melibatkan 22 pihak penyedia pelancongan dan kaedah soalselidik melibatkan 420 pelancong domestik. Hasil kajian mendapati bahawa pihak penyedia pelancongan dan pelancong domestik mempunyai perspektif yang sama terhadap dimensi konsep destinasi mesra pelancong. Kedua-dua perspektif ini bersetuju bahawa konsep destinasi mesra pelancong merupakan sebuah destinasi yang memberi kepuasan kepada pelancong melalui penggunaan secara maksimum tiga dimensi; iaitu aktiviti, produk dan ruang sesebuah destinasi pelancongan. Kajian ini telah mengenalpasti 14 komponen teras dalam membangunkan konsep destinasi mesra pelancong yang terdiri daripada aktiviti campuran, kebudayaan & sejarah, hiburan, acara khas, hospitaliti, perkhidmatan, ciri fizikal, kebebasan pilihan, penglibatan, infrastruktur & superstruktur, kemudahsampaian, keselamatan, lokasi dan nilai & kos. Berdasarkan komponen teras ini, sebanyak 39 atribut telah dikenalpasti sebagai indeks destinasi mesra pelancong. Kesimpulannya, berdasarkan indeks destinasi mesra pelancong, Kuala Lumpur berada pada tahap "keadaan mesra" pelancong. Kajian ini menyarankan agar pengurus pelancongan dan pertubuhan pelancongan di peringkat nasional menjalankan penyelidikan secara menyeluruh tentang destinasi mesra pelancong dalam mempertingkatkan posisi pelancongan bandar.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDestinasi mesra pelancong-
dc.subjectPelancong domestik-
dc.subjectKuala Lumpur-
dc.subjectPelancongan bandar-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleIndeks destinasi mesra pelancong domestik: kajian kes Kuala Lumpur-
dc.typeTheses-
dc.format.pages393-
dc.identifier.barcode002232-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81694+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.