Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497508
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abd Hair Awang, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Noorsafiza Mohd Sapie (P63067) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:04:28Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:04:28Z | - |
dc.date.issued | 2016-01-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81686 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497508 | - |
dc.description | Dalam inovasi dan penyesuaian teknologi daripada pelaburan dalam bidang sains dan teknologi terbukti telah menjana produktiviti dan kelebihan daya saing bagi industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kajian-kajian lepas menunjukkan prestasi inovasi PKS di Malaysia masih tidak memberangsangkan. Dalam hal ini, pembangunan modal insan melalui pembelajaran di organisasi dan inisiatif pihak pengurusan kepada pekerja dilihat sebagai pemacu inovasi dalam kalangan PKS. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh proses pembelajaran di organisasi dan persekitaran kerja terhadap pembentukan tingkahlaku kerja inovatif pekerja PKS di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Malaysia. Kajian ini dijalankan di tiga lokasi terpilih iaitu Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Teknik pensampelan strata digunakan dengan saiz sampel sebanyak 254 orang pekerja daripada jumlah populasi, iaitu 736 orang pekerja dalam PKS. Kajian ini melibatkan tiga konstruk utama; pembelajaran di organisasi, persekitaran kerja dan tingkahlaku kerja inovatif. Pembelajaran di organisasi meliputi pembelajaran individu, pembelajaran kumpulan dan pembelajaran berstruktur oleh organisasi. Persekitaran kerja diukur melalui rangsangan kepimpinan, pemerkasaan pekerja, ganjaran dan pengiktirafan, kemudahan rekacipta dan mengambil risiko. Manakala tingkahlaku kerja inovatif pula melalui penerokaan, penjanaan, penyiasatan formatif, kejuaraan dan pelaksanaan idea. Ujian-t, ANOVA, Kruskal-Wallis, korelasi dan regresi linear pelbagai digunakan dalam menganalisis data. Kajian ini berlandaskan kepada teori pembelajaran Argyris & Schon, model pembelajaran berasaskan pengalaman dan teori motivasi Herzberg & Maslow. Hasil kajian mendapati tingkahlaku kerja inovatif berada pada tahap sederhana. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara tingkahlaku kerja inovatif di perusahaan mikro dengan perusahaan kecil. Terdapat juga hubungan signifikan antara tingkahlaku kerja inovatif dan aktiviti inovasi firma. Secara keseluruhannya, faktor pembelajaran di organisasi dan persekitaran kerja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan tingkahlaku kerja inovatif. Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak pengurusan PKS dalam meneliti dan merangka program-program pembelajaran yang lebih berkesan khususnya pembelajaran kumpulan dan pembelajaran berstruktur organisasi di samping menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk melahirkan pekerja berinovasi.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Proses pembelajaran | |
dc.subject | Persekitaran kerja | |
dc.subject | Tingkahlaku kerja | |
dc.subject | Kerja inovatif | |
dc.subject | Perusahaan kecil dan sederhana | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembelajaran di organisasi dan persekitaran kerja terhadap pembentukan tingkah laku kerja inovatif: kajian perusahaan kecil dan sederhana di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 378 | |
dc.identifier.barcode | 002226 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81686+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.