Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497505
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Latiff Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Hakimi Tew Abdullah (P58044)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:04:25Z-
dc.date.available2023-10-13T08:04:25Z-
dc.date.issued2016-10-06
dc.identifier.otherukmvital:81683
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497505-
dc.descriptionKajian ini menekankan tentang pengaruh blog sebagai medium ke arah pencapaian amalan demokrasi di Malaysia. Pengalaman melalui keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 telah memberi impak penting kepada pembangunan blog di mana berlakunya suatu anjakan yang besar dari aspek persepsi kerajaan terhadap blogger dan blog di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk melihat akauntabiliti blogger dalam membingkai penulisan blog ke arah memperkasakan budaya demokrasi di Malaysia. Persoalannya, adakah kebebasan bersuara wujud dalam kalangan pengamal media sosial terutamanya blogger di Malaysia? Sejauh manakah blogger bersifat akauntabiliti atas kemudaratan hasil daripada penulisannya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah campuran melalui pendekatan analisis kandungan kuantitatif dan temu bual mendalam. Ianya melibatkan dua kumpulan blogger daripada pandangan ideologi yang berbeza. Blogger diletakkan di bawah kumpulan Pro-Barisan Nasional dan Pro-Pakatan Rakyat. Triangulasi data dilakukan untuk melihat perbezaan dan persamaan antara dua pendekatan. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat oleh Semetko dan Valkenburg merupakan kerangka yang telah diadaptasi dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa bingkai konflik dan bingkai tanggungjawab berada pada tahap yang tinggi penggunaannya manakala bingkai kepentingan manusia, bingkai moral dan bingkai kesan ekonomi berada pada tahap yang rendah penggunaannya. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penggunaan bingkai oleh kedua-dua kumpulan blogger walaupun mereka mempunyai matlamat atau ideologi politik yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua kumpulan blogger lebih banyak menekankan sifat bingkai konflik dalam semua isu yang diketengahkan. Fenomena kebebasan bersuara melalui blog telah membuka platform buat semua pengguna media. Blog ternyata telah membawa ke arah suatu era pendemokrasian maklumat. Walau bagaimanapun demokrasi yang berlaku hanyalah bersifat separa demokrasi (quasi-democracy) atau demokrasi samar (pseudo-democracy) disebabkan oleh amalan undang-undang yang boleh dikaitkan dengan blog. Para blogger yang ditemu bual sebulat suara menyatakan bahawa mereka harus bersifat akauntabiliti ke atas segala kemudaratan yang hadir daripada penulisannya. Implikasi kajian membawa kepada pemurnian Skop Kajian Pembingkaian Blog.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengaruh blog
dc.subjectBlogger
dc.subjectPenulisan blog
dc.subjectAkauntabiliti
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAkauntabiliti blogger dalam membingkai penulisan blog ke arah memperkasakan budaya demokrasi di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages294
dc.identifier.barcode002223
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81683+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF
  Restricted Access
475.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.