Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497499
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Samsu Adabi Mamat, Prof. Madya Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Syahrir Karim (P58105) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:04:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:04:19Z | - |
dc.date.issued | 2015-11-16 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81384 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497499 | - |
dc.description | Tesis ini mengkaji Islamisme dan politikal Islam khasnya di Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini mengambil kes ke atas Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Hizbu Tahrir Indonesia (HTI). Isu utama kajian ini berhubungkait dengan pengaruh Islamisme dan politikal Islam kepada reformasi sosial-politik dan pendemokrasian di Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmanakah idea-idea Islamis PKS dan HTI mampu berkembang dan beradaptasi dengan sistem politik negara serta memperjelas kewujudan dan implikasinya ke atas politik tempatan. Bagi menganalisis aktivisme politik kedua-dua gerakan ini, maka kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Jenis data yang digunakan dalam peyelidikan ini merangkumi data primer dan sekunder. Kaedah temu bual mendalam digunakan dengan para infoman autoritatif, manakala data sekunder pula diperolehi melalui buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian lapangan. Bagi memandu tesis ini, maka teori dan landas konsep yang digunakan ialah teori gerakan Sosial, manakala konsep Islamisme pula menjadi landasan konseptual utama. Berdasarkan teori dan konsep serta metode yang digunakan, kajian ini mendapati beberapa penemuan penting. Pertama, didapati bahawa ideologi dan bentuk gerakan PKS dan HTI ialah berpendekatan moderat dan tanpa kekerasan. Keduanya, kajian ini mendapati bahawa wacana syariah kedua-dua pertubuhan ini telah berjaya menarik kelompok Islamis untuk terlibat secara aktif dalam dinamika politik lokal berbanding sebelumnya mereka terbatas dengan aktivisme politik. Demokrasi kelihatannya telah menjadi cara yang baik bagi kedua pertubuhan ini untuk memperjuangkan "Negara Islam" dan menegakkan "syariah". Seterusnya yang ketiga, kajian ini mendapati bahawa PKS dan HTI telah berjaya mencipta sebuah kerangka institusi tersendiri yang membolehkan mereka menyumbang kepada proses pendemokrasian di Indonesia, khasnya di Sulawesi Selatan, melalui proses partisipasi politik yang lebih luas peranannya. Meskipun secara prinsip PKS dan HTI berkeinginan menegakkan syariah dan negara Islam, serta menentang demokrasi secara khasnya HTI, namun didapati PKS dan HTI masih lagi berperanan aktif dalam proses demokrasi. Fenomena inilah yang menjadikan Islamisme wujud dalam PKS dan HTI serta berkembang daripada Islamisme ke tahap pasca-Islamisme. Analisis akhirnya, tesis ini mendapati bahawa Islamisme dan politikal Islam telah memberi impak positif dalam membangun dan memperkuat transisi demokrasi di Indonesia.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Islamisme | - |
dc.subject | Parti Keadilan Sejahtera | - |
dc.subject | Hizbu Tahrir Indonesia | - |
dc.subject | Politikal Islam | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Islamisme dan politikal Islam di Sulawesi Selatan: kajian kes Parti Keadilan Sejahtera dan Hizbu Tahrir Indonesia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 276 | - |
dc.identifier.barcode | 002179(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81384+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.