Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497498
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kuik Cheng-Chwee, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nazira Abdul Rahman (P55245) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:04:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:04:18Z | - |
dc.date.issued | 2014-09-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81213 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497498 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan menerangkan peranan dan limitasi Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dalam mempengaruhi corak dan tahap kerjasama antara negara-negara di Selat Melaka dalam dua fasa iaitu 1971-2001 dan 2001-2014. Kajian ini penting kerana ia menyediakan kes bagi menguji andaian teori liberal institutionalisme mengenai keupayaan institusi antarabangsa dalam menggalakkan kerjasama antarabangsa. Dari perspektif maritim, ia bermanfaat sebagai garis panduan dasar berhubung diplomasi dan strategi yang menguntungkan semua pihak tanpa perlu memperjudikan kedaulatan negara dan integriti wilayah. Objektif kajian adalah untuk menganalisa peranan IMO dalam rejim kerjasama maritim di Selat Melaka pada tempoh 1971-2014, mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada perbezaan tahap kerjasama maritim di Selat Melaka sebelum dan selepas 2001 dan mengkaji tentang limitasi yang dihadapi oleh IMO dalam pelaksanaan kerjasama maritim tersebut. Selain data sekunder, kajian ini bergantung penuh kepada data primer dari temubual, rekod mesyuarat dan pemerhatian. Data-data tersebut dianalisa secara 'process tracing' bagi mengenalpasti proses pembuatan keputusan antara aktor-aktor yang terlibat ke atas empat angkubah bebas iaitu kepentingan nasional, masalah transnasional, desakan negara-negara kuasa besar dan obligasi pematuhan terhadap perundangan antarabangsa. Analisis data kajian ini menunjukkan bahawa tahap kerjasama maritim di Selat Melaka terhad pada fasa 1971-2001 akibat empat faktor iaitu perbezaan keutamaan antara negara-negara, sensitiviti kedaulatan dan integriti wilayah, dilema beban kewangan serta sikap negatif negara pengguna. Peranan IMO dalam fasa ini adalah minima. Kajian turut mendapati bahawa corak dan tahap kerjasama pada fasa 2001-2014 telah dipertingkat kepada kerjasama multilateral hasil peranan proaktif IMO. IMO telah menyediakan platform kerjasama, mengurangkan ketegangan dan ketidakpastian serta mengatasi masalah koordinasi bersandarkan tiga faktor penggalak iaitu masalah transnasional, desakan AS dan Jepun serta UNCLOS 1982. Namun, kajian mendapati faktor kepentingan nasional menjadi limitasi kepada IMO dalam fasa 2001-2014 sehingga menyebabkan mekanisme kerjasama baru tersebut tidak mencakupi skop keselamatan maritim tetapi terhad kepada skop keselamatan pelayaran dan pelindungan alam sekitar marin sahaja. Ini menunjukkan bahawa penglibatan IMO di Selat Melaka tidak menghakis kedaulatan negara-negara pesisir, tetapi mengukuhkannya.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pertubuhan Maritim Antarabangsa | - |
dc.subject | Singapura | - |
dc.subject | Selat Melaka | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Peranan dan limitasi Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dalam meningkatkan kerjasama maritim di Selat Melaka dan Singapura (1971-2014) | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 303 | - |
dc.identifier.barcode | 002165 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81213+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 330.94 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.