Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497476
Title: | Isu perubahan iklim global: peranan Malaysia dalam tadbir urus global alam sekitar |
Authors: | Razali Ab. Malik (P42235) |
Supervisor: | Mohammad Agus Yusoff, Prof. Madya Dato' Dr. |
Keywords: | Iklim global Protokol Kyoto Peranan Malaysia Environment policy -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Aug-2014 |
Description: | Tadbir urus global alam sekitar merupakan salah satu wahana yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani secara bersama isu alam sekitar di peringkat antarabangsa. Dalam konteks perubahan iklim, rejim antarabangsa yang diguna pakai ialah Protokol Kyoto. Protokol ini menetapkan negara yang meratifikasinya mengambil tindakan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang menjadi punca kepada berlakunya perubahan iklim global. Memandangkan tadbir urus global alam sekitar melibatkan tindakan bersama aktor negara dan aktor bukan negara, maka ia telah membuka ruang sempadan negara kepada aktor bukan negara antarabangsa iaitu institusi antarabangsa, syarikat multinasional (MNC) dan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (INGO) terhadap kuasa Malaysia dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar alam sekitarnya. Sehubungan kenyataan di atas, kajian ini mempunyai empat tujuan utama, iaitu: (i) mengkaji faktor-faktor Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto, (ii) menganalisis strategi dan pendekatan Malaysia dalam menggubal dan melaksanakan dasar alam sekitarnya, (iii) mengenal pasti aktor bukan negara antarabangsa yang mempengaruhi Malaysia dalam melaksanakan ketetapan Protokol Kyoto, dan (iv) menilai impak Protokol Kyoto terhadap kuasa Malaysia dalam menggubal dan melaksanakan dasar alam sekitarnya. Bagi membincangkan tajuk ini, teori konstruktivisme digunakan sebagai alat analisis. Kaedah kajian pula adalah dengan menggunakan sumber primer dan sekunder. Data primer kajian ini adalah temu bual dengan informan yang terlibat dalam penggubalan dasar alam sekitar, manakala data sekunder pula adalah dari kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati dua faktor utama yang mendorong Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto. Pertama, faktor pengalaman dan sejarah keterlibatan Malaysia dalam tadbir urus global alam sekitar semenjak tahun 1972 lagi, dan kedua ialah hasil interaksi negara di peringkat antarabangsa. Walaupun Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto, namun kajian ini menunjukkan Malaysia kekal berkuasa untuk bertindak menjaga kepentingannya dengan mengetepikan desakan dan tekanan daripada aktor bukan negara antarabangsa, terutamanya INGO. Di akhir analisis, kajian ini membuktikan bahawa negara kuasa besar dan negara kuasa ekonomi dunia tidak mempengaruhi tindakan Malaysia dalam dasar alam sekitar globalnya.,Global environmental governance is one of the means used by the United Nations (UN) to deal with environmental issues at the international level. In the context of climate change, international system that is applicable is the Kyoto Protocol. This protocol stipulates that countries which ratify it should act in reducing emissions of greenhouse gases (GHGs) that causes global climate change. Due to the fact that global environmental governance involves joint actions from state and non-state actors, Malaysia therefore opens up itself to the involvement of international nonstate actors such as international institutions, multinational corporations (MNCs) and international non-governmental organizations (INGO) in formulating and implementing its environmental policies. With regards to the statement above, this study has four objectives, namely: (i) to examine factors that influence Malaysia to ratify the Kyoto Protocol, (ii) to analyze Malaysia's strategies and approaches in formulating and implementing its environmental policies, (iii) to identify non-state actors responsible in influencing Malaysia in implementing the Kyoto Protocol, and (iv) to assess the impact of Kyoto Protocol on Malaysia's authority in the formulation and implementation of its environmental policies. In discussing this topic, the theory of constructivism is used as a tool of analysis. The data used in this study are gathered from primary and secondary sources. Primary data are interviews with informants involved in the formulation of environmental policy and secondary data are gathered from the library research. This study finds that there are two main factors that had influenced Malaysia to ratify the Kyoto Protocol. First, it was the Malaysian experienced and its history of involvement in global environmental governance since 1972, and second it was also facilitated by Malaysia's role in the international scene. Although Malaysia ratified the Kyoto Protocol, this study, however, finds that Malaysia still has the authority to safeguard its national interests by setting aside demands and pressure from non-state actors, particularly the international INGO. In the final analysis, this study also found that countries which enjoy military and economic powers do not influence Malaysia's environmental policies.,Tadbir urus global alam sekitar merupakan salah satu wahana yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani secara bersama isu alam sekitar di peringkat antarabangsa. Dalam konteks perubahan iklim, rejim antarabangsa yang diguna pakai ialah Protokol Kyoto. Protokol ini menetapkan negara yang meratifikasinya mengambil tindakan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang menjadi punca kepada berlakunya perubahan iklim global. Memandangkan tadbir urus global alam sekitar melibatkan tindakan bersama aktor negara dan aktor bukan negara, maka ia telah membuka ruang sempadan negara kepada aktor bukan negara antarabangsa iaitu institusi antarabangsa, syarikat multinasional (MNC) dan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (INGO) terhadap kuasa Malaysia dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar alam sekitarnya. Sehubungan kenyataan di atas, kajian ini mempunyai empat tujuan utama, iaitu: (i) mengkaji faktor-faktor Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto, (ii) menganalisis strategi dan pendekatan Malaysia dalam menggubal dan melaksanakan dasar alam sekitarnya, (iii) mengenal pasti aktor bukan negara antarabangsa yang mempengaruhi Malaysia dalam melaksanakan ketetapan Protokol Kyoto, dan (iv) menilai impak Protokol Kyoto terhadap kuasa Malaysia dalam menggubal dan melaksanakan dasar alam sekitarnya. Bagi membincangkan tajuk ini, teori konstruktivisme digunakan sebagai alat analisis. Kaedah kajian pula adalah dengan menggunakan sumber primer dan sekunder. Data primer kajian ini adalah temu bual dengan informan yang terlibat dalam penggubalan dasar alam sekitar, manakala data sekunder pula adalah dari kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati dua faktor utama yang mendorong Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto. Pertama, faktor pengalaman dan sejarah keterlibatan Malaysia dalam tadbir urus global alam sekitar semenjak tahun 1972 lagi, dan kedua ialah hasil interaksi negara di peringkat antarabangsa. Walaupun Malaysia meratifikasi Protokol Kyoto, namun kajian ini menunjukkan Malaysia kekal berkuasa untuk bertindak menjaga kepentingannya dengan mengetepikan desakan dan tekanan daripada aktor bukan negara antarabangsa, terutamanya INGO. Di akhir analisis, kajian ini membuktikan bahawa negara kuasa besar dan negara kuasa ekonomi dunia tidak mempengaruhi tindakan Malaysia dalam dasar alam sekitar globalnya |
Pages: | 244 |
Call Number: | GE190.M4.R349 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80984+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.