Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497473
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNidzam Sulaiman, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Harya Ramdhoni Julizarsyah (P48997)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:03:55Z-
dc.date.available2023-10-13T08:03:55Z-
dc.date.issued2014-04-18-
dc.identifier.otherukmvital:80173-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497473-
dc.descriptionKajian ini menyelidiki perbandingan pemikiran politik Tan Malaka dan Soekarno dengan menggunakan tiga angkubah iaitu negara, revolusi dan sosialisme. Oleh itu, kajian ini memiliki tiga permasalahan kajian. Pertama, membincangkan pengaruh budaya Minangkabau dan budaya Jawa ke atas pembinaan konsep Negara Kesatuan Republik Indonesia, Revolusi dan Sosialisme Indonesia dalam pemikiran Tan Malaka dan Soekarno. Kedua, membincangkan pengaruh dan pertentangan idea Negara dan Revolusi Indonesia dalam pemikiran Tan Malaka dan Soekarno. Ketiga, membandingkan konsep Sosialisme Indonesia antara Tan Malaka dan Soekarno. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan cara deskriptif-analitik dan analisis wacana. Kaedah tersebut digunpakai untuk menganalisis dan mendedahkan pemikiran politik Tan Malaka dan Soekarno berasaskan kajian kepustakaan terhadap buku-buku dan artikel-artikel karya beliau berdua. Penyelidikan ini menggunakan konsep-konsep negara, revolusi dan sosialisme yang digubal oleh Karl Marx, Friedrich Engels, Karl Kautsky, VI Lenin dan Leon Trotsky untuk menjelaskan perkembangan dan corak pemikiran politik Tan Malaka dan Soekarno. Selain itu, untuk menganalisis bagaimana pengaruh adat resam Minangkabau dan Jawa Mataram ke atas pembinaan pemikiran politik kedua-duanya kajian ini menggunakan konsep-konsep aliran politik yang diperkenalkan oleh Edwin Loeb (1934); Clifford Geertz (1960); dan Mochtar Naim (1979). Penyelidikan ini mendapati tujuh sumbangan bagi kajian falsafah dan pemikiran politik. Pertama, Kajian ini menolak pendapat sesetengah sarjana asing dan orientalis yang mengatakan bahawa fahaman yang digubal para pemimpin dan pemikir daripada negeri-negeri terjajah tidak berakar umbi kepada adat resam mereka masing-masing. Kedua, Tan Malaka berpengaruh besar ke atas pembinaan pemikiran politik Soekarno mengenai negara republik Indonesia dan revolusi Indonesia. Ketiga, NKRI merupakan kelanjutan sistem kerajaan Mataram Islam yang bercorak sentralistik, agraris, pedalaman dan bersifat otoriter. Keempat, Marxisme gagal menjadi alat analisis terhadap sembarang masyarakat dengan tradisi sosialisme tempatan dan berpunca pada komunalisme primitif sepertimana yang berlaku pada masyarakat Nusantara. Kelima, idea Sosialisme Soekarno yang dikenali sebagai Pancasila dan Marhaenisme lebih konkret dan dapat diterimapakai dibanding idea sosialisme Tan Malaka yang bersifat utopis. Keenam, kajian ini menyumbangkan suatu paradigma baru mengenai kedudukan sosok Tan Malaka sebagai Bapak Peletak Asas Negara Indonesia moden. Ketujuh, konsep “imagined community” yang digubal Benedict Anderson (1983) masih boleh diperdebatkan dan bukan sesuatu konsep yang boleh diterimapakai begitu sahaja.,This study examines comparative political thought of Tan Malaka and Soekarno by using three variables namely state, revolution and socialism. Therefore, this study has three research problems. First, discusses the influence of Minangkabau and Javanese customs to construction of concept of United States Republic of Indonesia, Indonesian Revolution and Indonesian Socialism in Tan Malaka’s and Soekarno’s perspective. Second, discusses the influence and contradiction ideas of State and Indonesian Socialism between political thought of Tan Malaka and Soekarno. Third, compare the idea of Indonesian Socialism’s concept between Tan Malaka and Soekarno. This study used qualitative research methods by means of descriptive-analytic and discourse analysis. This method was apply to analyze and expose political thought of Tan Malaka and Soekarno based on library research to their works. This research uses the concepts of state, revolution and socialism who introduced by Karl Marx, Friedrich Engels, Karl Kautsky, VI Lenin and Leon Trotsky to explain development and style of Tan Malaka’s and Soekarno’s political thought. Besides that, to analyze the influence of Minangkabau’s and Javanese’s custom to development of their political thought this study uses concepts of political trends who has been introduced by Edwin Loeb (1934); Clifford Geertz (1960); and Mochtar Naim (1979). This research found seven contributions to the study of political philosophy and political thought. Firstly, this study rejects opinion of orientalists who said the notion of the leaders and thinkers from colonial states were not rooted to their customs respectively. Secondly, Tan Malaka has given great impact on the development of Soekarno’s political thought especially on idea of State and Revolution. Thirdly, NKRI was a continuation of the Islamic Mataram kingdom that centralized character, agrarian, rural and authoritarian nature. Fourthly, Marxist view failed to analyse society with local socialism tradition and primitive communalism as exist in Nusantara society. Fifthly, Soekarno’s socialist idea known as Pancasila and Marhaenism are more concrete and can be adopted than the idea of Tan Malaka utopian socialism. Sixthly, this study contributes to build a new paradigm on position of Tan Malaka as the father of modern Indonesian state. Seventhly, the idea of “Imagined Community” by Benedict Anderson (1983) could still be debated from being a clear and viable one.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPolitik Tan Malaka dan Soekarno-
dc.subjectPolitical science - Indonesia-
dc.titleNegara, revolusi dan sosialisme : perbandingan pemikiran politik Tan Malaka dan Soekarno-
dc.typeTheses-
dc.format.pages389-
dc.identifier.callnoJA76.M838 2014 tesis-
dc.identifier.barcode001107-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.