Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497454
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMostafa Kamal Mokhtar, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAhmad Razak (P50734)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:03:36Z-
dc.date.available2023-10-13T08:03:36Z-
dc.date.issued2014-05-22
dc.identifier.otherukmvital:79879
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497454-
dc.descriptionTerapi spiritual dalam kajian ini merupakan suatu modul terapi yang menjadi bahan kajian penting untuk meningkatkan kualiti jiwa bagi penagih dadah di lembaga pemasyarakatan dadah. Kajian ini bertujuan untuk: 1) membina modul terapi spiritual terhadap penagih dadah di lembaga pemasyarakatan dadah, 2) menguji keberkesanan terapi spiritual bagi memantapkan kualiti jiwa dalam kalangan penagih dadah di lembaga pemasyarakatan dadah, dan 3) mengenalpasti dinamika perubahan kualiti jiwa penagih dadah selepas menjalankan terapi spiritual. Untuk memperoleh kesahan dan kepraktikalan modul terapi spiritual, uji kesahan telah dilakukan (uji pakar dan uji kumpulan terhad). Untuk mengetahui keberkesanan modul terapi spiritual dalam meningkatkan kualiti jiwa, dilakukan reka bentuk eksperimen dalam bentuk praujian-posujian kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Subjek dalam kajian ini terdiri daripada 40 orang kumpulan kawalan dan 40 orang kumpulan eksperimen. Kedua-dua kumpulan masing-masing telah diukur kualiti jiwanya dengan menggunakan Skala Kualiti Jiwa. Kumpulan eksperimen diberikan terapi spiritual selama 12 kali. Kemudian kedua-dua kumpulan diukur kembali kualiti jiwanya. Untuk mengetahui keberkesanan modul terapi spiritual, analisis dilaksanakan dengan menggunakan ujian t paired samples. Keberkesanan modul terapi spiritual ditelusuri dengan lebih mendalam dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kemudiannya dipilih 3 subjek dari kumpulan eksperimen untuk ditemubual dan dilakukan pengamatan bagi mendapatkan maklumat mengenai dinamika perubahan kualiti jiwanya. Penagih dadah memberi respons positif terhadap aplikasi modul terapi spiritual tersebut. Modul terapi spiritual telah dibina berdasarkan: latar belakang, model dan dimensi terapi, tahap-tahap terapi, dan penilaian terapi. Hasil ujian pakar dan uji kumpulan terhad menunjukkan bahawa modul terapi spiritual mempunyai bukti yang cukup sah dan praktikal serta dapat diaplikasikan terhadap penagih dadah di lembaga pemasyarakatan dadah. Hasil analisis data menunjukkan bahawa modul terapi spiritual berkesan bagi memantapkan kualiti jiwa dalam kalangan penagih dadah di lembaga pemasyarakatan dadah. Terapi spiritual dapat memberikan perubahan yang dinamik dalam kualiti jiwa bagi penagih dadah selepas menjalankan terapi spiritual.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectModul terapi spiritual
dc.subjectKualiti jiwa
dc.subjectPenagih dadah
dc.subjectSpiritual healing
dc.titleAplikasi modul terapi spiritual bagi memantapkan kualiti jiwa dalam kalangan penagih dadah
dc.typeTheses
dc.format.pages298
dc.identifier.callnoBT732.5.A338 2014 tesis
dc.identifier.barcode001058
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_79879+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.