Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497443
Title: | Kajian Kandungan Nilai Dalam Bahan Bacaan Sastera KBSR |
Authors: | Mohd. Hanafi Abu Bakar (P35874) |
Supervisor: | Zulkifley bin Hamid, Profesor Dr. |
Keywords: | Kandungan Nilai Dalam Bahan Bacaan Kandungan Nilai Dalam Bahan Bacaan Sastera KBSR Kandungan Nilai Bacaan Sastera KBSR Reading (Primary)--Malaysia |
Issue Date: | 10-Jul-2013 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan nilai yang terdapat dalam bahan bacaan sastera yang digunakan oleh murid sekolah rendah di Malaysia. Penegasan terhadap nilai sebagai unsur yang penting dalam mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dinyatakan dengan jelas dalam kurikulum. Aspek kajian yang diberi tumpuan ialah deskripsi konsep dan sistem setiap jenis nilai, gambaran taburan penampilan nilai dan sejauh manakah nilai-nilai yang terdapat dalam bahan bacaan sastera dapat memenuhi hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini telah menggunakan peratus dan kekerapan untuk menganalisis data. Sejumlah 63 buah bahan bacaan sastera dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah dikaji. Kajian yang berbentuk deskriptif ini menggunakan kaedah analisis kandungan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini menggunakan pandangan tiga tokoh ahli falsafah iaitu al-Ghazali, Confucius dan Tiruvalluvar dalam membincangkan dapatan kajian. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, nilai-nilai yang dikenal pasti dalam bahan bacaan sastera dibahagikan kepada lima kelompok yang utama mengikut kekerapan, iaitu 1) nilai peribadi, 2) nilai keagamaan, 3) nilai kewarganegaraan, 4) nilai kemasyarakatan, dan 5) nilai kekeluargaan. Kajian mendapati bahawa bahan bacaan sastera yang digunakan oleh murid dapat berperanan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan nila murni dalam kalangan murid. Adalah tidak munasabah untuk menetapkan sesuatu senarai nilai spesifik yang perlu ada dalam sesebuah bahan bacaan sastera sebelum karya dipilih untuk dimuatkan dalam buku teks. Namun demikian, taburan kekerapan yang tidak seimbang antara nilai, dan tidak ada kesinambungan dalam taburan penampilan nilai antara tahun persekolahan boleh menjejaskan usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada murid. Kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam pemilihan bahan bacaan sastera yang dimuatkan dalam Komponen Kesusasteraan Melayu untuk buku teks pada masa yang akan datang.,PhD |
Pages: | 318 |
Call Number: | LB1525 .M834 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75123+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.