Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497441
Title: | Pengarang Dan Kepengarangan: Satu Penilaian Kritis Ke Atas Azizi Haji Abdullah |
Authors: | Abdullah Zawawi Mohd Hairani (P48304) |
Supervisor: | Shaiful Bahri Md. Radzi, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pengarang Dan Kepengarangan Satu Penilaian Kritis Ke Atas Azizi Haji Abdullah Pengarang Satu Penilaian Kritis Ke Atas Azizi Haji Abdullah Kepengarangan Satu Penilaian Kritis Ke Atas Azizi Haji Abdullah Malay literature--History and criticism |
Issue Date: | 25-Jul-2013 |
Description: | Kajian ini membicarakan dunia kepengarangan Azizi Haji Abdullah yang cenderung mengutarakan masalah tipikal Melayu desa terutamanya persoalan kemiskinan, tanah pusaka, perselisihan keluarga, keciciran pendidikan, kepincangan kepimpinan dan kecelaruan fahaman agama sebagai agenda kreativitinya; mewatakkan orang tua sebagai protagonisnya manakala dunia Kulim sebagai latar tempatnya. Kecenderungan ini yang dapat dianggap sebagai ‘kawah kreatif’ Azizi yang digembeling secara berulang-ulang sejak permulaan kerjaya berkarya dalam lingkungan masa empat dekad menerusi 35 buah novel, setiap satunya hadir dengan kesegaran yang tersendiri. Idiosinkrasi ini menjadikan Azizi seorang pengarang yang unik dan istimewa dalam memperjuangkan nasib bangsanya yang dianggapnya sebagai pincang dan tertindas. Data kajian difokuskan kepada 10 buah novel karya Azizi yang bermotifkan watak orang tua, iaitu, Senja Belum Berakhir (1971), Ayah Bonda (1978a), Seorang Tua di Kaki Gunung (1981), Tukcai (1991c), Hoi! (1994), Ayahanda (1997), Sangeetha (2006), Harga Sebuah Maruah (2007a), Memoir Seorang Guru (2007c) dan Zikir Rindu (2009a). Bagi tujuan merungkaikan kecenderungan kepengarangan Azizi yang sedemikian rupa, kajian menggunakan pendekatan psikologi dengan mengaplikasikan teori personaliti mekanisme bela diri. Penemuan kajian memperlihatkan Azizi sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dalam memperjuangkan nasib bangsanya. Walaupun gagal dalam usaha beliau menerusi saluran pendidikan, agama mahupun politik tetapi Azizi berjaya menyerlah dalam dunia kreatif. Oleh itu, karya kreatif menjadi wadah bagi Azizi menyalurkan tanggungjawab sosialnya dalam usaha bela diri beliau ke atas segala masalah Melayu. Dalam pembelaan dirinya, Azizi merungkai segala kepincangan yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu desa baik dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik dengan menjadikan Kulim sebagai latar representasi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Bagi memberikan kesan tersendiri dalam menyedarkan bangsa Melayunya, beliau mengetengahkan watak orang tua yang merupakan diri beliau sendiri, mengikut perkembangan penulisan selama empat dekad walaupun pada awalnya watak itu adalah diri bapanya, bagi mengajukan segala ketidakpuasan hati, harapan dan cita-citanya untuk memperbaiki kepincangan tersebut. Daripada yang perspektif lain, dalam usaha bela dirinya, Azizi menjadikan sastera khususnya novel sebagai suatu saluran untuk mengajukan ideologi fahaman Pas yang dipegangnya sebagai satu-satunya jalan terbaik bagi menangani masalah Melayu berbanding pelbagai rancangan yang dilaksanakan pihak kerajaan, khususnya UMNO yang sekular, penyebab kepada segala kepincangan yang berlaku ke atas masyarakat Melayu.,PhD |
Pages: | 332 |
Call Number: | PL5141 .A325 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75111+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.