Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497431
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Agus Yusoff, Prof. Madya Dato’ Dr. | - |
dc.contributor.author | Zawiyah Mohd Zain (P45382) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:03:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:03:12Z | - |
dc.date.issued | 2013-05-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75015 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497431 | - |
dc.description | Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti ketidakakuran sivil dan impaknya ke atas proses pendemokrasian di Malaysia. Lima soalan utama dalam kajian ini ialah: (i) Apakah faktor yang menyebabkan munculnya ketidakakuran sivil di Malaysia? (ii) Siapakah aktor yang terlibat? (iii) Apakah praktik ketidakakuran sivil? (iv) Apakah hubungan ketidakakuran sivil dengan kempen politik? dan (v) Apakah impak ketidakakuran sivil ke atas keputusan pilihan raya dan juga pendemokrasian di Malaysia? Bagi menjawab kelima-lima soalan tersebut, kajian ini telah menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi melalui temu bual dengan informan yang berautoritatif, manakala data sekunder diperolehi melalui buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian lepas. Data ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Bagi memandu tesis ini, kerangka konsepsual ketidakakuran sivil dan proses pendemokrasian digunakan. Hasil kajian menghasilkan empat penemuan utama. Pertama, ketidakakuran sivil berlaku sejak era pemerintahan Tunku Abdul Rahman lagi, namun ia tidak meledak sehinggalah tahun 1998 kerana kerajaan berjaya menyediakan keperluan asas masyarakat walaupun tidak mengamalkan demokrasi sempurna. Dapatan ini berbeza dengan penemuan sarjana lepas yang menyatakan bahawa ketidakakuran sivil hanya berlaku pada era pemerintahan Dr. Mahathir dan ia tidak meledak kerana tindakan keras kerajaan melalui pelbagai akta draconian. Kedua, sebab utama meletusnya ketidakakuran sivil sehingga membawa kepada gerakan reformasi pada tahun 1998 adalah tindakan kerajaan yang telah menghakis demokrasi melalui sekatan hak sivil, hak politik dan pilihan raya yang tidak adil. Manakala penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hanyalah faktor pencetus. Dapatan ini berbeza daripada kajian sebelum ini yang mendapati penyingkiran Anwar Ibrahim dan kemelesetan ekonomi merupakan sebab utama berlakunya gerakan reformasi. Ketiga, ketidakakuran sivil yang berlaku selepas gerakan reformasi pada tahun 1998 tidak lagi tertumpu hanya kepada demonstrasi jalanan seperti pada tahun-tahun sebelumnya, tetapi juga telah beralih kepada Internet yang akhirnya telah melahirkan demokrasi siber. Keempat, ketidakakuran sivil yang berlaku sejak era Tunku Abdul Rahman sehingga pemerintahan Najib Razak telah memberi kesan kepada proses pendemokrasian di Malaysia. Ini kerana ia telah mewujudkan politik baru pada zaman Dr. Mahathir, memberikan impak positif ke atas proses demokrasi pada era Abdullah Badawi dan membuka ruang pendemokrasian semasa pemerintahan Najib Razak apabila kerajaan telah memenuhi beberapa tuntutan kumpulan prodemokrasi dan munculnya kuasa ketiga yang merancakkan lagi proses demokrasi di Malaysia. Dengan penemuan tersebut, kajian ini telah memberi sumbangan dari dua aspek yang tidak dibincangkan oleh penyelidik sebelum ini. Pertama, memperkaya khazanah teori dengan mengaplikasikan konsep ketidakakuran sivil dalam membincangkan protes politik di Malaysia. Kedua, memperkaya khazanah ilmu melalui penjelasan tentang kemunculan kuasa ketiga dalam politik Malaysia.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Ketidakakuran Sivil Di Malaysia | - |
dc.subject | Pendemokrasian Di Malaysia | - |
dc.subject | Ketidakakuran Sivil Dan Pendemokrasian Di Malaysia | - |
dc.subject | Civil disobedience--Malaysia | - |
dc.title | Ketidakakuran Sivil Dan Pendemokrasian Di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 306 | - |
dc.identifier.callno | JC328.3 .Z348 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000226 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75015+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.