Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497430
Title: | Kerjasama Ke Arah Integrasi: Afta Dan Implikasi Terhadap ASEAN |
Authors: | Taufiq (P24075) |
Supervisor: | Rashila Ramli, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kerjasama Ke Arah Integrasi Integrasi Terhadap ASEAN Afta Dan Implikasi Terhadap ASEAN Free trade--Southeast Asia |
Issue Date: | 3-Aug-2013 |
Description: | Kajian ini bertujuan menganalisis kerjasama ASEAN dalam liberalisasi ekonomi melalui kesepakatan ASEAN Free Trade Area (AFTA). Fokus kajian adalah meneliti pelaksanaan AFTA dengan tumpuan kepada pengurangan tarif, sekatan bukan tarif dan transformasi urus tadbir serta tingkah laku rejim untuk memahami hubungkait antara kerjasama dan integrasi yang mana integrasi boleh diteliti sebagai proses mahupun matlamat. Kajian ini adalah berlandaskan konsep kerjasama dan integrasi dari pendekatan neofungsionalis dalam konteks ekonomi politik antarabangsa. Konsep integrasi ini meliputi integrasi ekonomi dan politik. Seterusnya, ia juga memberi tumpuan kepada perdagangan antarabangsa yang berasaskan kepada faedah berbanding dan faktor sumber semulajadi yang berlimpah. Secara langsung kajian ini mengandaikan bahawa kerjasama ASEAN melalui AFTA membawa kepada integrasi serantau yang mana integrasi sebagai proses boleh bertukar menjadi matlamat interaksi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Melalui kaedah temubual intensif, data primer ini telah disokong oleh dokumen dan data statistik untuk penelitian. Selain itu data sekunder melalui kajian keperpustakaan telah digunakan untuk memperkuat analisis kajian. Dengan pelaksanaan liberalisasi ekonomi ASEAN melalui pembentukan AFTA, yang secara efektif berlaku pada 1 Januari 1993, hasil kajian menunjukkan bahawa kesefahaman AFTA secara bertahap dengan penghapusan gendala tarif telah mencapai kejayaan, yang mana kerjasama ekonomi perdagangan bebas ASEAN melalui AFTA, merupakan wahana memperkukuhkan rejim antarabangsa di Asia Tenggara. Melalui AFTA ahli ASEAN berusaha meningkatkan aktiviti perdagangan, mencipta persaingan berbanding dalam usaha meningkatkan pengeluaran. Berkenaan dengan penghapusan pelbagai sekatan bukan tarif dalam kesefahaman AFTA, hasil kajian menunjukkan bahawa aturan serta ketentuan undang-undang setiap negara, masih tidak dapat semuanya dilaksanakan secara bersesuaian di serantau ASEAN. Walau bagaimanapun kerjasama ahli ASEAN malaksanakan AFTA melalui keputusan politik negara-negara ASEAN dalam keserantauan yang terbuka telah membawa kepada integrasi ASEAN, yang mana boleh dicerminkan oleh pembentukan piagam ASEAN. Piagam ASEAN boleh dianggap sebagai bukti kukuh memberi keperibadian undang-undang terhadap pertubuhan ASEAN, yang mana matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan serantau, dan menuju ke arah masyarakat serantau dengan persekitaran yang mengutamakan kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan.,PhD |
Pages: | 277 |
Call Number: | HF1713 .T384 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75009+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.