Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497429
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMisran Bin Rokimin, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorMohd. Haidi Mohd Kasran (P43286)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:03:10Z-
dc.date.available2023-10-13T08:03:10Z-
dc.date.issued2013-05-
dc.identifier.otherukmvital:75008-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497429-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk meneliti nilai murni yang terdapat dalam Antologi Puisi Tanah Airku, Program penghayatan Sastera dan Budaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair-penyair tanah air akan dianalisis sebagai suatu wadah kepada proses pembentukan nilai dalam diri dan jiwa pelatih-pelatih PLKN yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama melalui penghasilan ciptaan puisi yang terkandung dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Kajian ini hanya merujuk kepada penghasilan karya puisi moden (sajak) yang terkandung dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Kajian ini menganalisis semua puisi iaitu sebanyak 74 buah. Namun begitu, puisi yang lebih dominan dengan nilai-nilai sejagat yang dipilih menjadi fokus analisis oleh pengkaji. Kajian ini juga merupakan suatu penyelidikan yang menggunakan kaedah kualitatif yang menganalisis karya-karya puisi yang diterapkan berdasarkan kepada penggunaan konsep nilai yang dibaca kesemuanya dengan Teknik Bacaan Rapi (Close Reading Technique). Setiap puisi yang dibaca akan dianalisis isi kandungannya (Content Analysis) dengan berlandaskan konsep nilai yang dilihat daripada perspektif Islam, Melayu dan Barat yang digambarkan sebagai model “N-3P” dengan mengambil lima elemen nilai sejagat iaitu patriotisme, perpaduan, kekeluargaan, kerjasama dan nilai luhur. Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur penerapan nilai murni sejagat di dalam puisi-puisi yang telah dipilih melalui Antologi Puisi Tanah Airku. Dalam puisi yang dianalisis, gambaran tentang nilai terpancar dalam puisi yang dikarang oleh para penyair. Penciptaan puisi yang mempunyai kaitan dengan gambaran dan cerminan masyarakat mampu untuk menjadi salah satu elemen bagi membentuk masyarakat yang mempunyai nilai bagi membina sahsiah diri. Dapat dilihat juga, bahawa pemilihan puisi yang dipilih mempunyai unsur-unsur nilai murni yang boleh dibaca, serta mampu dihayati, dan seterusnya diamalkan oleh peserta-peserta PLKN dalam kehidupan seharian untuk pembangunan diri, masyarakat dan negara.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPenerapan Nilai Murni Dalam Antologi Puisi Tanah Airku-
dc.subjectNilai Murni Dalam Antologi Puisi Tanah Airku-
dc.subjectAntologi Puisi Tanah Airku-
dc.subjectPenerapan Nilai Murni Kepada Peserta Program Latihan Khidmat Negara-
dc.subjectNational service--Malaysia-
dc.titlePenerapan Nilai Murni Dalam Antologi Puisi Tanah Airku Kepada Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages235-
dc.identifier.callnoPL5123 .M836 2013-
dc.identifier.barcode000236-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75008+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.