Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497427
Title: Sebab-Musabab Penyakit Dan Pengubatan Tradisional Orang Bakumpai Di Kampung Ulu Benteng Kalimantan Selatan, Indonesia
Authors: Setia Budhi (P26858)
Supervisor: Aishah@Eshah Haji Mohamed, Prof.Madya.Dr.
Keywords: Sebab-Musabab Penyakit Dan Pengubatan Tradisional Orang Bakumpai
Penyakit Dan Pengubatan Tradisional Orang Bakumpai
Pengubatan Tradisional Orang Bakumpai
Penyakit Tradisional Orang Bakumpai Di Kampung Ulu Benteng
Diseases--Causes and theories of causation
Issue Date: 14-Feb-2013
Description: Budaya mempengaruhi pandangan seseorang tentang penyakit dan seterusnya jenis rawatan yang digunakan. Penyakit yang dipercayai disebabkan oleh makhluk ghaib diubati dengan merujuk kepada ahli perubatan tradisional. Ahli perubatan tradisional ini meminta pertolongan makhluk ghaib semasa upacara mengubat. Kajian tentang sebab-musabab penyakit dan amalan perubatan tradisional ini mempunyai tiga objebtif utama, iaitu (a) menghuraikan kepercayaan tentang sebab-musabab penyakit pengikut kepercayaan orang Bakumpai, (b) membincangkan jenis-jenis pengubatan tradisional yang diamalkan mengikut penyebab penyakit dan (c) menganalisis dan menginterpretasi upacara badewa mananamba, iaitu satu upacara pembomohan yang kerap diamalkan oleh orang Bakumpai. Data ini diasaskan kepada kajian kualitatif yang dilakukan di Kampung Ulu Benteng di Selatan Kalimantan, Indonesia sejak tahun 2005 sehingga 2009 dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian. 10 Upacara badewa mananamba telah dapat diperhatikan di sepanjang kajian dijalankan. Upacara badewa mananamba dilakukan dengan menggunakan peralatan (seperti alat muzik, tumbuhan ubatan), sajian dan mantera. Upacara badewa mananamba bermula dengan paluan muzik, bacaan mantera dan diikuti dengan bomoh bertanya tentang latar belakang pesakit, keluarga dan persekitaran sosial serta fizikal, dan seterusnya menilik serta membuang penyakit. Upacara badewa mananamba tidak hanya merupakan upacara merawat pesakit tetapi juga mencerminkan ciri-ciri sosio-budaya penduduk tempatan.,PhD
Pages: 330
Call Number: GN477 .S457 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75002+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.