Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497422
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sity Daud, Prof.Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Saiful (P39167) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:03:04Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:03:04Z | - |
dc.date.issued | 2012-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74894 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497422 | - |
dc.description | Tesis ini adalah kajian mengenai peranan dan pengaruh elit politik dalam Gerakan Acheh Merdeka (GAM) daripada pergerakan pemberontakan kepada parti politik. Sebelum berlakunya bencana tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004, para elit GAM telah melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Indonesia, meskipun pihak kerajaan Indonesia telah berusaha untuk berdamai menggunapakai pelbagai cara, samada melalui pendekatan ketenteraan mahupun dialog. Kedua-dua pendekatan yang digunapakai oleh kerajaan Indonesia tersebut tidak dapat menyelesaikan konflik politik yang berterusan di Acheh, namun selepas berlakunya bencana tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004, elit GAM bersedia untuk berdamai dengan pihak kerajaan Indonesia. Dari situ, wujud persoalan mengapa elit GAM bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan Indonesia. Adakah elit GAM berperanan dalam keputusan tersebut dan mengapa elit GAM bersedia mentranformasikan GAM daripada gerakan pemberontakan kepada parti politik di Acheh, adalah permasalahan kajian bagi tesis ini. Kajian ini bertujuan untuk: memaparkan peranan dan pengaruh elit GAM dalam perjuangan GAM di Acheh, menerangkan elit GAM berperanan dan pengaruh dalam proses damai dengan kerajaan Indonesia, dan menganalisa peranan dan pengaruh elit GAM dalam mentransformasi GAM daripada sebuah gerakan pemberontakan kepada parti politik di Acheh. Teori dan konsep yang digunapakai dalam kajian ini adalah teori elit dan parti politik. Kajian ini menggunapakai kaedah penyelidikan kualitatif, di mana pengumpulan data dilakukan dengan menggunapakai kaedah temubual intensif untuk mendapatkan data primer dan kaedah perpustakaan untuk mendapatkan sumber sekunder. Keseluruhan data tersebut dianalisis secara analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa elit GAM berperanan penting dalam pemberontakan mahupun dalam proses damai dengan kerajaan Indonesia. Sebelum berlakunya bencana tsunami di Acheh, elit GAM tidak bersedia berdamai dengan kerajaan Indonesia kerana belum mempunyai persepsi yang sama dalam menyelesaikan konflik politik yang berterusan di Acheh. Namun selepas berlakunya bencana tsunami di Acheh, elit GAM mengambil keputusan untuk berdamai dengan kerajaan Indonesia. Faktor-faktor penyumbang kepada keputusan elit GAM tersebut adalah wujudnya persamaan persepsi, bencana tsunami, perubahan kepimpinan kerajaan Indonesia, MoU Helsinki dan adanya pengikhtirafan GAM oleh kerajaan Indonesia. Elit GAM telah menerajui usaha mentransformasikan GAM daripada pergerakan pemberontakan kepada parti politik di Acheh walaupun terdapat pelbagai cabaran samada cabaran dalaman mahupun cabaran luaran dalam mentransformasikan GAM daripada gerakan pemberontakan kepada parti politik di Acheh. Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa bencana tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 di Acheh bukan faktor utama berdamainya elit GAM dengan kerajaan Indonesia, tetapi bencana tsunami tersebut telah menjadi pencetus kepada perdamaian antara elit GAM dengan kerajaan Indonesia. Campur tangan pihak luar juga tidak boleh dilihat secara negatif kerana ia mampu menyelesaikan konflik politik yang berterusan di Acheh. Sebagai sebuah parti politik pula, GAM yang kini dikenali sebagai Parti Acheh secara perlahan-lahan mengadaptasikan dirinya sebagai sebuah parti politik dalam proses demokrasi politik Indonesia.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Peranan elit politik dalam gerakan Acheh merdeka | |
dc.subject | Pengaruh elit politik dalam gerakan Acheh merdeka | |
dc.subject | elit politik dalam gerakan Acheh merdeka | |
dc.subject | Pergerakan pemberontakan | |
dc.subject | Aceh (Indonesia)--Politics and government | |
dc.title | Peranan dan pengaruh elit politik dalam gerakan Acheh merdeka: daripada pergerakan pemberontakan kepada parti politik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 242 | |
dc.identifier.callno | DS646.15.A8 .S235 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000503 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74894+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.