Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497417
Title: | Hegemoni negara dan pendemokrasian di Malaysia: kajian ke atas akta keselamatan dalam negeri |
Authors: | Azmi Awang (P36985) |
Supervisor: | Mohammad Agus Yusoff, Prof. Madya Dato' Dr. |
Keywords: | Hegemoni negara Pendemokrasian Malaysia Akta keselamatan negeri Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 29-Jun-2014 |
Description: | Tesis ini mengkaji penggunaan ISA sebagai senjata hegemoni politik parti pemerintah dan impaknya ke atas proses pendemokrasian di Malaysia. Dua persoalan utama kajian ini ialah seperti berikut: pertama, sejauh manakah berkesannya ISA sebagai instrumen politik dan alat hegemoni kerajaan dalam mengekalkan kekuasaannya? Kedua, sejauh manakah penggunaan ISA dan hegemoni kerajaan ini mencabul hak asasi manusia dan mendorong kepada berlakunya proses pendemokrasian di Malaysia? Dalam menjawab persoalan ini, konsep hegemoni dan pendemokrasian digunakan sebagai pisau analisis bagi memandu keseluruhan kajian ini. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder. Data primer tesis dikutip melalui temu bual mendalam dengan informan autoritatif, manakala data sekunder pula diperoleh melalui buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian lepas. Data-data ini dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati kerajaan, khususnya di zaman Dr Mahathir telah menggunakan ISA untuk menahan musuh-musuh politik beliau—pada tahun 1985 semasa krisis Memali, pada tahun 1987 semasa Operasi Lalang, dan pada tahun 1998 semasa menahan Anwar Ibrahim. Kedua, kerajaan semasa Abdullah Badawi juga menggunakan ISA untuk mengawal musuh-musuh kerajaan seperti kumpulan Hindraf dan tokoh parti politik pembangkang. Dari segi ini, kerajaan Mahathir-Abdullah menggunakan ISA dalam kepimpinannya secara rule by law bagi mengekalkan kuasa pemerintahannya. Ironisnya, dilihat dari sudut yang lain, penggunaan ISA sebagai instrumen politik inilah yang membolehkan kerajaan mengekalkan kuasanya dan pada waktu yang sama menstabilkan politik negara dan memakmurkan ekonomi negara. Namun, di bawah pemerintahan Najib Razak, kajian ini mendapati ISA tidak lagi menjadi alat hegemoni kerajaan. Kedudukan pembangkang dan masyarakat sivil yang semakin kuat selepas berlakunya tsunami politik pada tahun 2008 telah berjaya memaksa kerajaan untuk mengkaji semula ISA dan menggerakkan proses pendemokrasian di Malaysia ke arah yang lebih baik. Di akhirnya, analisis tesis ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik dari satu aspek, iaitu hegemoni kerajaan dengan menggunakan undang-undang drakonian tidak selalunya berfungsi dengan baik apabila kedudukan kerajaan lemah.,PhD |
Pages: | 275 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74813+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.