Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497413
Title: | Peranan NGO dalam gerakan wanita di Malaysia: kerjasama NCWO dan jag dalam menangani akta keganasan rumah tangga |
Authors: | Yuni Satia Rahayu (P39173) |
Supervisor: | Rashila Ramli, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Peranan NGO Gerakan wanita Malaysia NCWO JAG Menangani akta keganasan rumah tangga Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | Sep-2014 |
Description: | Dalam Persidangan Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu tentang Wanita di Bandaraya Mexico, isu keganasan terhadap wanita telah menjadi agenda penting bagi beberapa organisasi wanita sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pada awal tahun 1990-an, Women's Aid Organization (WAO) telah melaporkan bahawa 39% daripada wanita di Malaysia telah menjadi mangsa kes keganasan rumah tangga. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga melaporkan bahawa semenjak awal tahun 2000 sehingga tahun 2010 kes rogol meningkat setiap tahun. Oleh yang demikian, tesis ini memberi tumpuan kepada perjuangan National Council of Women's Organization (NCWO) dan Joint Action Group (JAG) sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pelopor gerakan wanita di Malaysia. Kerjasama kedua-dua NGO tersebut telah mendesak pihak kerajaan menggubalkan Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT). Permasalahan kajian tesis ini menumpukan kepada kerjasama NCWO dan JAG dalam penggubalan AKRT. Objektif kajian ialah meneliti faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kewujudan isu-isu gender dan gerakan wanita di Malaysia, meneliti strategi dan jaringan NCWO dan JAG dalam memperjuangkan isu keganasan wanita dan penguatkuasaan AKRT, dan menganalisis faktor yang memberi impak kepada perjuangan NCWO dan JAG dalam mendesak penggubalan AKRT. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperoleh dari dokumen, akhbar dan artikel, serta temu bual dengan tokoh gerakan wanita Malaysia. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menumpukan kepada hubungan kuasa tiga entiti iaitu NGO, kerajaan dan governan global. Kerangka analisis kajian menggunakan konsep gerakan wanita, badan bukan kerajaan (NGO), keganasan rumah tangga dan kerjasama. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun NCWO dan JAG memiliki ciri yang berlainan, kedua-duanya boleh bekerjasama dari segi penggubalan AKRT. NCWO merupakan NGO yang berlandaskan aliran feminisme-liberal, manakala JAG pula termasuk ke dalam kumpulan feminis radikal yang mahukan perubahan secara budaya bagi kesaksamaan wanita. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam hubungan governan global dengan kerajaan Malaysia wujud 'power over' yang mampu menggesa pihak kerajaan menguatkuasakan CEDAW pada tahun 1995 sebagai hasil kesepakatan antarabangsa. Manakala, NCWO dan JAG sebagai ahli governan global mempraktikkan 'power with' kerana kedua-duanya saling berkerjasama dalam menangani isu keganasan wanita. Selain itu, berdasarkan analisis hubungan pihak kerajaan dengan NGO, didapati pihak kerajaan dapat melaksanakan 'power to' ke atas NGO. Akhirnya, secara teorinya kajian ini menyumbang dari segi memahami ciri-ciri badan bukan kerajaan berlandas kearifan lokal dari segi strategi dan kerjasama.,PhD |
Pages: | 215 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74799+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.