Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497412
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fatimah Yussoff, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Rusmailani Ab. Aziz (P45374) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:02:55Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:02:55Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74794 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497412 | - |
dc.description | Perkembangan kognitif kanak-kanak perlu dirangsang seawal mungkin kerana kognitif adalah komponen utama yang akan menentukan keseluruhan aspek perkembangan lain dalam diri seseorang kanak-kanak dan pada peringkat ini daya penyerapan kognitif amat tinggi, sistem saraf dan neuron pula berkembang pesat. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola perkembangan kognitif, perbezaan dan pengaruh taraf sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pembelajaran tambahan di rumah, tahap pendidikan pengasuh dan latihan pengasuh terhadap tahap keupayaan kognitif am kanak-kanak yang berada di TASKA tempat kerja, TASKA komuniti, TASKA institusi dan TASKA rumah. Kajian ini dijalankan ke atas 40 orang kanak- kanak berusia tiga tahun dengan pembahagian 10 orang bagi setiap kategori TASKA sebagai subjek kajian dan ibu bapa mereka serta 14 pengasuh yang menjaga kanak-kanak tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan penilaian berstruktur dengan menggunakan alat ujian McCarthy Scales of Children Abilities (MSCA) bagi kanak-kanak, rakaman visual bergambar bagi TASKA dan kaedah tinjauan soal selidik untuk ibu bapa dan pengasuh. Keputusan analisis ujian ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skala prestasi-deria dan skala kuantitatif kanak-kanak dalam kalangan TASKA. Keputusan analisis ANOVA dua hala menunjukkan terdapat kesan interaksi yang signifikan antara pendidikan pengasuh dan kategori TASKA terhadap tahap keupayaan kognitif am kanak-kanak. Analisis juga menunjukkan latihan pengasuh memberi kesan perbezaan yang signifikan kepada tahap keupayaan kognitif am kanak-kanak dalam kalangan TASKA. Selain itu, struktur persekitaran TASKA turut memberi kesan kepada keupayaan kognitif am kanak-kanak. Dapatan kajian ini penting dan perlu diambil kira dalam penyediaan garis panduan perkembangan kognitif kanak-kanak di TASKA iaitu dengan memastikan pengasuh di TASKA mempunyai pendidikan yang bersesuaian, perlu menghadiri latihan secara berkala dan berterusan. Struktur persekitaran TASKA juga perlu diberi perhatian kerana ia memberi impak kepada perkembangan kognitif awal kanak-kanak di TASKA.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perkembangan kognitif awal | |
dc.subject | Kognitif awal kanak-kanak | |
dc.subject | Perbandingan antara taska | |
dc.subject | Lembah Klang | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Perkembangan kognitif awal kanak-kanak: perbandingan antara taska di Lembah Klang | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 355 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74794+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.