Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497411
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsmawati Desa, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Shahril Othman (P41617)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:02:54Z-
dc.date.available2023-10-13T08:02:54Z-
dc.date.issued2013-06-06
dc.identifier.otherukmvital:74778
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497411-
dc.descriptionKajian ini bertujuan menguji keberkesanan dan kemampuan Modul Pengurusan Tekanan (MPT) mengurus tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah kebangsaan. Keberkesanan MPT dilihat dari aspek pengurangan tahap tekanan kerja, peningkatan tahap kesihatan mental, kesihatan fizikal dan kemahiran berdaya tindak. Kajian ini telah membangunkan MPT dengan menggunakan model reka bentuk Pendekatan Kesedaran Hati berdasarkan Teori Pemusatan Insan dan pendekatan Kerohanian Islam serta mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah. Kajian yang menggunakan soal selidik Occupational Stress Indicator (OSI) ini mengaplikasi reka bentuk eksperimen. Pemilihan sampel dilakukan dengan kaedah pensampelan bertujuan iaitu subjek yang mengalami tekanan setelah dikenalpasti melalui OSI. Pensampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan kumpulan eksperimen dan kawalan. Subjek kajian terdiri daripada 62 orang guru dengan kumpulan eksperimen seramai 31 orang dan kumpulan kawalan seramai 31 orang. Dua bentuk analisis data yang digunakan adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi (MANOVA pengukuran berulangan dan MANOVA untuk sampel-sampel bebas). Dapatan kajian ujian MANOVA pengukuran berulangan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tiga daripada empat pembolehubah terikat iaitu kemahiran berdaya tindak, tahap kesihatan fizikal dan tahap tekanan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesihatan mental antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Manakala ujian MANOVA untuk sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesemua pembolehubah terikat, iaitu penggunaan MPT menyumbang sebanyak 95% dalam kemahiran berdaya tindak, tahap tekanan kerja (91%), kesihatan fizikal (84%) dan kesihatan mental (71%). Ini memberi implikasi bahawa penggunaan MPT dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan tahap kesihatan mental, kesihatan fizikal dan kemahiran berdaya tindak serta dapat mengurangkan tahap tekanan kerja guru sekolah kebangsaan. Ini menunjukkan bahawa pengaplikasian nilai-nilai Islam dan aspek psikologi seperti mana di dalam MPT perlu diambil kira dalam melaksanakan intervensi pengurusan tekanan yang berkesan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectModul Pengurusan Tekanan
dc.subjectTekanan kerja
dc.subjectGuru
dc.subjectStress management
dc.titleKeberkesanan Modul Pengurusan Tekanan (MPT) bagi mengurus tekanan kerja dalam kalangan guru
dc.typeTheses
dc.format.pages412
dc.identifier.callnoBF575.S75.M839 2013 tesis
dc.identifier.barcode000298
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74778+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.