Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497409
Title: | Bentuk dan perkembangan sistem penyiaran di Aceh dari tahun 1998 hingga 2010 |
Authors: | Hamdani M. Syam (P33293) |
Supervisor: | Normah Mustaffa, Prof Madya Dr |
Keywords: | Sistem penyiaran Broadcasting -- Nanggroe Aceh Darussalam (Indonesia) -- History |
Issue Date: | 3-Jan-2013 |
Description: | Kajian ini menelusuri bentuk dan perkembangan sistem penyiaran di salah satu wilayah negara Indonesia iaitu Aceh. Tumpuan kajian adalah dari tahun 1998 hingga 2010. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini. Pertama, mengenalpasti bentuk dan perkembangan sistem penyiaran di Aceh dari tahun 1998 hingga 2010. Kedua, mengenalpasti dasar dan peraturan dalam membentuk sistem penyiaran di Aceh. Ketiga, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sistem penyiaran di Aceh. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah sejarah, menggunakan teknik analisis dokumen dan temu bual mendalam sebagai alat pengumpulan data. Melalui kaedah analisis dokumen yang digunakan, dokumen seperti akhbar, surat-surat, undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan permasalahan kajian ini diteliti dan dianalisis. Data diperoleh juga melalui temu bual mendalam dengan 14 orang informan yang terbabit dengan penyiaran di Aceh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sistem penyiaran di Aceh terangkum dalam sistem penyiaran negara Indonesia. Pada tempoh 1998-2005, tuntutan reformasi telah menciptakan perubahan asas dalam sistem penyiaran apabila pemerintah meminda undang-undang 1997 kepada undang-undang 2002. Kuasa penyiaran beralih daripada pihak pemerintah kepada pihak awam. Campur tangan pemerintah dalam mengatur sistem penyiaran dikurangkan. Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) ditubuhkan sebagai pemegang fungsi pengawalseliaan penyiaran. Bentuk penyiaran berubah daripada penyiaran terpusat kepada penyiaran lokal ataupun berangkaian. Bagi tempoh 2006-2010, perubahan dasar penyiaran di peringkat pusat telah mempengaruhi pembentukan sistem penyiaran di Aceh. Daerah Aceh yang memperoleh kuasa autonomi khusus dari pemerintah pusat termasuk autonomi menjalankan syariat Islam dalam kehidupan bermasyarakat turut melibatkan pembentukan sistem penyiaran di Aceh sesuai dengan landasan nilai-nilai Islam. Teori autoritarian dilihat amat berkaitan dengan sistem penyiaran yang diamalkan semasa berlaku undang-undang penyiaran 1997. Pada masa ini campur tangan pemerintah menerusi Departemen Penerangan amat kuat dalam mengatur sistem penyiaran Aceh. Manakala teori libertarian dicerap apabila Departemen Penerangan dihapuskan dalam struktur kementerian negara Indonesia. Kemudian teori pluralisme diterapkan apabila pemerintah meminda undang-undang penyiaran 1997 kepada undang-undang penyiaran 2002. Akhir sekali, sistem penyiaran Aceh amat berkaitan dengan teori media pembangunan apabila merujuk kepada draf rancangan kanun penyiaran Aceh, kerana media berfungsi sebagai alat menyebarluaskan siaran ke arah pembangunan Aceh yang sesuai dengan landasan Islam.,Ph.D |
Pages: | 327 |
Call Number: | HE8689.9.I5.H339 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74764+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.