Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497408
Title: Konfederasi Ajatappareng 1812-1906 : sejarah sosiopolitik orang Bugis di Sulawesi Selatan
Authors: Abd. Latif (P54458)
Supervisor: Nordin Hussin, Profesor Dr
Keywords: Sejarah sosiopolitik
Orang Bugis
Sulawesi Selatan
Sulawesi Selatan (Indonesia) -- History
Issue Date: 7-Apr-2013
Description: Persoalan kajian dalam tesis ini adalah bagaimana untuk meletakkan lima kerajaan Bugis di Konfederasi Ajatappareng dalam peta sejarah politik Sulawesi Selatan dari 1812 sehingga 1906 melalui kajian kepustakaan, manuskrip tempatan dan arkib. Kajian yang berdasarkan kepada penggunaan sumber primer dan sekunder memfokuskan kepada daerah-daerah yang pernah mendapat pengaruh daripada lima kerajaan di Ajatappareng sebagai lokasi kajian utama. Sumber primer seperti manuskrip tempatan yang disebut lontara’ dan dokumen kolonial dirujuk di pelbagai arkib dan institusi di Sulawesi Selatan dan di Jakarta. Kaedah penyelidikan adalah menggunakan metod analisis kandungan terutamanya terhadap manuskrip tempatan. Kajian ini bertujuan menganalisis mengapa pada abad ke-16; kelima-lima kerajaan di Ajatappareng iaitu Sidenreng, Sawitto, Suppa, Rappang dan Alitta menggabungkan diri ke dalam satu konfederasi yang disebut Limae Ajatappareng. Analisis terhadap sistem politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan Inggeris dan Belanda di Sulawesi Selatan adalah penting bagi menjawab persoalan bagaimanakah wujud sistem politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing. Kajian ini juga bertujuan memberi maklumat baharu berkaitan dengan konflik di Konfederasi Ajatappareng semasa kuasa kolonial Inggeris dan Belanda disepanjang abad ke-19 sehingga penaklukan Belanda ke atas Sulawesi Selatan pada 1906. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa politik tempatan di Konfederasi Ajatappareng sebelum kedatangan kuasa asing adalah bercirikan konflik antara kerajaan di dalam Konfederasi Ajatappareng dan di luar konfederasi. Konflik antara kerajaan berterusan pada masa kuasa Inggeris memerintah, walaupun Inggeris cuba membina politik keseimbangan kekuasaan dengan jalan bersekutu dengan Sidenreng dan Gowa, tetapi berkonflik dengan Bone yang terletak di pantai timur Sulawesi Selatan. Polisi politik keseimbangan kekuasaan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda disepanjang abad ke-19 dengan cara yang berbeza dengan yang dilakukan oleh Inggeris. Memasuki awal abad ke-20 Belanda tidak dapat meneruskan politik keseimbangan kekuasaan di Sulawesi Selatan. Oleh itu, pada 1905 dan 1906 Belanda menjalankan penaklukan bagi mengukuhkan sistem pemerintahan kolonial ke atas Sulawesi Selatan. Kajian ini juga mendapati bahawa sumber sejarah tempatan iaitu lontara’ didapati berbeza dengan sumber Belanda dari segi merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku kepada masa tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat unsur kedinamikan politik di Konfederasi Ajatappareng sebelum dan selepas kedatangan kuasa asing di Sulawesi Selatan. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada historiografi Bugis, khasnya dalam bidang sejarah sosiopolitik.,Ph.D
Pages: 330
Call Number: DS646.49.S84.A235 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74702+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.