Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497407
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamzah Jusoh, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAzlizan bin Talib (P44022)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:02:49Z-
dc.date.available2023-10-13T08:02:49Z-
dc.date.issued2013-09-09-
dc.identifier.otherukmvital:74700-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497407-
dc.descriptionPenyertaan penduduk dalam program keusahawanan dilihat mampu mencapai objektif pembangunan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, terutama dalam konteks Gerakan Daya Wawasan (GDW). Persoalannya, adakah komuniti luar bandar bersedia dan mampu untuk menyahut cabaran bagi memenuhi matlamat program GDW ini. Kajian-kajian lepas masih belum menunjukkan dengan jelas bahawa komuniti luar bandar ini telah bersedia dan mampu memenuhi tuntutan ini. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap dan faktor penyertaan penduduk dalam program keusahawanan, jenis dan ciri usahawan serta program keusahawanan sebenar yang wujud di kawasan kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif, melibatkan penggunaan borang soal selidik dan temu bual dengan informan utama. Pemilihan responden dilakukan secara rawak berstrata dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi merangkumi korelasi, t-test dan ANOVA. Beberapa aspek utama dikaji melalui borang soal selidik termasuklah tahap penyertaan komuniti serta faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan komuniti. Aspek-aspek ini diuji dengan Cronbach’s alpha (α) dan menunjukkan bahawa nilai melebihi 0.70. Pendekatan kualitatif dilakukan melalui temu bual secara mendalam dengan Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK, usahawan dan penduduk kampung. Penemuan kajian menonjolkan modal dan penyertaan dalam kursus/ latihan keusahawanan menjadi faktor paling dominan mempengaruhi penyertaan penduduk di samping insentif dan pendedahan. Didapati juga bahawa faktor kronisme dan hubungan dengan ahli politik turut memberi kesan dalam mempengaruhi penyertaan komuniti dalam program keusahawanan. Namun, tahap penyertaan komuniti adalah masih di peringkat sederhana. Malah, dikhuatiri kewujudan faktor kronisme dan hubungan yang wujud dengan ahli politik boleh menjejaskan lahirnya usahawan tulen di kawasan luar bandar. Tahap kompetensi keusahawanan yang sederhana menunjukkan usahawan di kawasan kajian masih mengharapkan sokongan dan bantuan daripada pihak luar. Penyertaan komuniti dalam program keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa, tetapi lebih kepada dorongan dalaman dan inisiatif daripada individu itu sendiri. Program GDW pula perlu ditransformasikan semula melalui penambahbaikan yang signifikan agar lebih relevan dengan persekitaran luar bandar. Bukti-bukti di lapangan berkaitan dengan kurangnya minat dalam kalangan penduduk untuk menyertai program keusahawanan memperkuatkan lagi penemuan kajian ini. Kajian lanjutan diperlukan bagi memperincikan dan memperjelaskan lagi kemelut yang berlaku ini agar dapat melahirkan usahawan dan program keusahawanan luar bandar yang tulen serta mampu bertahan untuk jangka masa yang lama.,Ph.D-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKomuniti dalam keusahawanan-
dc.subjectProgram Gerakan Daya Wawasan (GDW)-
dc.subjectKubang Pasu-
dc.subjectKedah Darul Aman-
dc.subjectCommunity development -- Malaysia-
dc.titlePenyertaan komuniti dalam keusahawanan di bawah program Gerakan Daya Wawasan (GDW) : kajian di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman-
dc.typeTheses-
dc.format.pages156-
dc.identifier.callnoHB615.A978 2013-
dc.identifier.barcode000722-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74700+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.