Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497406
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rashila Ramli, Prof.Madya.Dr. | |
dc.contributor.author | Ariesani Hermawanto (P35823) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:02:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:02:48Z | - |
dc.date.issued | 2013-02-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74699 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497406 | - |
dc.description | Tesis ini menumpukan pada perdebatan tentang masalah nasionalisme dan integrasi nasional. Posisi tesis ini pada hubung kait antara budaya etnik yang mempunyai nilai-nilai asas, iaitu kearifan lokal, dengan nasionalisme sebagai perekat perpaduan bangsa. Tesis ini bertujuan untuk menganalisis nasionalisme yang dipengaruhi oleh budaya etnik dalam integrasi nasional Indonesia. Tumpuan utama diberikan kepada analisis kearifan lokal dengan memaparkan faktor ancaman terhadap merosotnya nasionalisme di kalangan masyarakat Indonesia pada era setelah Reformasi (1998-2008). Kajian ini adalah berteraskan empat soalan kajian. Pertama, bagaimanakah bentuk dan perkembangan nasionalisme Indonesia sebelum Reformasi 1998? Kedua, mengapa pentadbiran Soeharto semasa tempoh rejim Orde Baru (1966-1998) menyebabkan munculnya isu penJawaan? Ketiga, mengapa wujud cabaran nasionalisme dan integrasi nasional di Indonesia selepas Orde Baru tahun 1998? Keempat, bagaimanakah wujud kearifan lokal etnik Jawa yang menyokong integrasi nasional Indonesia? Kajian ini menggunakan pendekatan nasionalisme dan etnisiti yang menekankan pada aspek nasionalisme dan etnisiti yang bersifat konstruktif bagi pembinaan bangsa, serta integrasi nasional yang mengutamakan pada penggunaan kearifan lokal budaya etnik. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deduktif dan induktif serta analisis deskriptif yang mana unit analisa penyelidikan adalah komuniti etnik. Kaedah kajian ini menggunakan pemerhatian umum dan terfokus serta temubual yang terstruktur dan mendalam. Hasil kajian pertama menunjukkan bahawa nasionalisme Indonesia pada tahap awalnya, iaitu semasa tempoh sebelum kemerdekaan (1900-1945) dan selepas kemerdekaan (1945-1998) merupakan bentuk daripada pergerakan politik dan ideologi lebih mengutamakan elit. Hasil kajian kedua menunjukkan bahawa peranan etnik Jawa semasa tempoh Orde Baru (1966-1998) telah menimbulkan isu penJawaan Indonesia yang bersifat merugikan integrasi nasional. Hasil kajian ketiga pula mendapati bahawa impak daripada pemerintahan rejim Orde Baru (1966-1998) telah menyebabkan wujudnya cabaran nasionalisme bangsa Indonesia yang berlaku selepas era Reformasi pada 1998. Hasil kajian keempat menunjukkan bahawa kearifan lokal yang bersumber dari budaya etnik boleh dijadikan modal asal baru memperkukuh integrasi nasional. Sebagai kesimpulan, nasionalisme dengan berdasarkan kearifan lokal berperanan bagi memantapkan integrasi nasional dalam menjaga keselamatan bangsa Indonesia dari ancaman perpecahan.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Nasionalisme | |
dc.subject | Budaya etnik Jawa | |
dc.subject | Integrasi nasional Indonesia | |
dc.subject | Indonesia -- Nationalism | |
dc.title | Nasionalisme dan kearifan lokal : kajian budaya etnik Jawa dalam integrasi nasional Indonesia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 241 | |
dc.identifier.callno | DS646.23.A736 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000723 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74699+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.