Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497405
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozmi Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSyaidatun Nazirah Abu Zahrin (P37699)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:02:47Z-
dc.date.available2023-10-13T08:02:47Z-
dc.date.issued2013-09-09
dc.identifier.otherukmvital:74683
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497405-
dc.descriptionCinta dalam Islam merangkumi aspek yang luas. Cinta memotivasikan individu, juga sebaliknya boleh menghancurkan maruah apabila ia disalahertikan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kefahaman remaja Melayu terhadap konsep cinta dalam Islam dan hubungannya dengan pemikiran rasional dan akhlak percintaan. Objektif kajian ini adalah untuk membina definisi cinta dan mengetahui sumber mempelajarinya; menilai tahap kefahaman cinta dalam Islam dan juga hubungan antara kefahaman Remaja Melayu terhadap konsep cinta dalam Islam, pemikiran rasional dalam percintaan dan akhlak percintaan. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dan kuantitatif, dengan reka bentuk kajian analisis dokumen, temu bual semi-struktur dan tinjauan kaji selidik. Metod kualitatif digunakan untuk analisis dokumen dan temu bual pakar dengan menggunakan kaedah tematik NVIVO. Manakala metod kuantitatif digunakan untuk menganalisis tinjauan selidik dalam kalangan responden dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi. Alat ujian psikologi yang telah digunakan dalam kajian ini dibina sendiri oleh pengkaji dan dinamakan sebagai Instrumen Cinta dalam Islam (ICDI), Instrumen Pemikiran Rasional dalam Percintaan (IPRP) dan Instrumen Akhlak Percintaan (IAP). Kajian kuantitatif telah melibatkan 599 orang responden (peringkat akhir remaja berusia antara 18 hingga 23 tahun) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Awam berstatus Islamik (IPTA-i) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai definisi cinta menurut pandangan remaja dan membahagikan definisi-definisi tersebut kepada ciri-ciri khas dan ciri-ciri umum. Kajian ini juga mendapati bahawa tahap kefahaman remaja Islam terhadap cinta menurut perspektif Islam adalah berada pada tahap yang tinggi. Manakala, tahap praktis kerasionalan ketika bercinta dan praktis akhlak percintaan berada pada tahap yang sederhana tinggi. Keputusan kajian mendapati kefahaman konsep cinta dalam Islam dan pemikiran rasional dalam percintaan memberi kesan yang signifikan kepada akhlak percintaan. Kajian ini turut mendapati remaja yang belajar di Sekolah Menengah Agama dan di IPTA berstatus Islamik mempunyai kefahaman konsep cinta dalam Islam dan akhlak percintaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan remaja di IPTA dan IPTS. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman dan penghayatan cinta adalah sangat penting bagi menangani masalah keruntuhan akhlak yang berpunca dari salah faham terhadap konsep cinta.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectRemaja Melayu
dc.subjectCinta dalam Islam
dc.subjectPemikiran rasional dan akhlak percintaan
dc.subjectLove -- Religious aspects -- Islam
dc.titleKefahaman remaja Melayu terhadap konsep cinta dalam Islam dan hubungannya dengan pemikiran rasional dan akhlak percintaan
dc.typeTheses
dc.format.pages308
dc.identifier.callnoBL626.4.S973 2013
dc.identifier.barcode000825
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74683+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.