Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497396
Title: | Gerakan Jemaat Ahmadiyah Indonesia di Jawa Barat 1931-2000 : penyebaran ideologi dan respons masyarakat |
Authors: | Kunto Sofianto (P32280) |
Supervisor: | Kamaruzaman bin Haji Yusoff, Prof. Dr. |
Keywords: | Gerakan Jemaat Ahmadiyah Indonesia Jawa Barat 1931-2000 Ideologi Respons masyarakat Ahmadiyya -- Indonesia |
Issue Date: | 18-Aug-2011 |
Description: | Fokus utama kajian ini adalah tentang organisasi, penyebaran ideologi, dan respons masyarakat terhadap gerakan ini. Kajian ini bertujuan mengkaji kelahiran Jemaat Ahmadiyah di India dan bagaimana gerakan ini tersebar ke Indonesia, khususnya faktor yang membawa kejayaan fahaman Ahmadiyah di Jawa Barat, menilai sejauhmana kejayaan Jemaat Ahmadiyah Indonesia dalam mempengaruhi masyarakat tempatan di Jawa Barat sehingga ahlinya terus bertambah. Kajian ini juga menilai respons positif dan negatif dari masyarakat umum, organisasi rasmi pihak kerajaan dan para pengkaji Islam di Indonesia terhadap gerakan ini. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah sejarah yang terdiri dari empat fasa, iaitu heuristik, kritikan, interpretasi, dan historiografi. Sumber-sumber yang digunakan dalam tesis ini ialah dokumen, buku, majalah, jurnal, akhbar, tesis, kertas kerja, dan penyelidikan lapangan, di mana penulis melakukan temu bual dengan para ahli Jemaat Ahmadiyah di Jawa Barat. Hasil kajian ini mendapati bahawa fahaman ini mendapat tempat dalam masyarakat dengan pertambahan ahli dan cawangan. Namun demikian, gerakan ini juga mendapat respons negatif dari masyarakat, terutama dari Majelis Ulama Indonesia dan Lembaga Penelitian dan Pengkajian Islam yang menyatakan bahawa fahaman Ahmadiyah merupakan fahaman yang sesat dan terkeluar dari agama Islam kerana mengakui Mirza Ghulam Ahmad sebagai nabi, Imam Mahdi, dan Al-Masih. Hal itu, sangat bercanggahan dengan pandangan umum kaum muslimin yang mempercayai bahawa Imam Mahdi dan Isa Al-Masih belum turun ke dunia dan Muhammad SAW adalah nabi terakhir. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan atau orang-orang yang anti terhadap Ahmadiyah untuk menghancurkan gerakan Ahmadiyah di Jawa Barat, namun demikian gerakan ini boleh terus survive di tengah masyarakat Jawa Barat. Kajian ini boleh memberikan sumbangan kepada masyarakat dan pemerintah tentang sejarah Ahmadiyah di Jawa Barat dan boleh membantu pemerintah bagi menentukan polisinya di Jawa Barat, khasnya berkaitan dengan Jemaat Ahmadiyah Indonesia.,PhD |
Pages: | 301 |
Call Number: | BP195.A5.S664 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74332+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.