Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497392
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRokiah Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorIstiarti Astuti (P28770)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:02:34Z-
dc.date.available2023-10-13T08:02:34Z-
dc.date.issued2012-11-10
dc.identifier.otherukmvital:72890
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497392-
dc.descriptionKajian ini adalah mengenai amalan rasuah dan kaitannya dengan isu tadbir urus yang baik (good governance). Kajian ini bertujuan untuk melihat kaitan antara amalan rasuah dengan faktor pertukaran kepentingan antara birokrat tingkat bawah dengan para penyewa pangsapuri, ketidak percayaan masyarakat terhadap sistem dan rendahnya integriti dalam kalangan birokrat tingkat bawah yang melaksanakan tadbir urus pangsapuri. Bagi memahami hal tersebut, satu kajian kes telah dilakukan di Pangsapuri Melati, Jakarta. Temubual telah dilakukan ke atas 100 orang informan yang terdiri daripada penyewa yang telah memberi rasuah untuk menutupi kesalahan mereka. Secara umum, hasil kajian menunjukkan bahawa amalan rasuah sudah menjadi hal yang umum dalam proses sewa menyewa di Pangsapuri Melati, Jakarta. Analisis deskriptif berdasarkan kerangka teori Blau (1964) menunjukkan bahawa rasuah terjadi kerana adanya pertukaran kepentingan antara birokrat tingkat bawah yang memerlukan wang dengan para penyewa yang mempunyai kepentingan tertentu, seperti ingin mendapatkan unit pangsapuri walaupun tidak memenuhi prasyarat. Amalan rasuah juga terjadi kerana adanya faktor ketidak percayaan masyarakat terhadap sistem tadbir urus di Pangsapuri Melati dan sistem tadbir urus negara secara umumnya. Hal tersebut menyebabkan keadaan anomi seperti yang dinyatakan oleh Merton (1938), sehingga akhirnya para penyewa menjadikan rasuah sebagai suatu inovasi dalam menghadapi masalah kehidupan seharian. Berdasarkan pemikiran Lipsky (1980), kajian juga menunjukkan bahawa tingginya faktor budi bicara dalam kalangan birokrat tingkat bawah merupakan faktor yang menyumbang kepada amalan rasuah. Hal tersebut mencerminkan rendahnya tahap integriti dalam kalangan birokrat tingkat bawah. Rendahnya tahap integriti turut menyumbang kepada kejahatan dalam perangkap birokrasi, yang mana para birokrat tingkat bawah di Pangsapuri Melati tidak mempunyai akauntabiliti sehingga melahirkan keadaan kekuasaan yang tidak terkawal, dan tidak telus dengan melakukan kesalahan seperti melaksanakan multi tafsir ke atas peraturan. Keadaan tersebut diperburuk kerana tidak adanya kawalan sosial dan isbat ke atas birokrat tingkat bawah. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa rasuah masih berleluasa dan nilai-nilai tadbir urus yang baik masih belum dapat dilaksanakan di Pangsapuri Melati. Hal ini tentunya memberi kesan ke atas kualiti perkhidmatan awam yang diterima masyarakat umum di Indonesia.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectRasuah
dc.subjectSewa menyewa
dc.subjectPangsapuri
dc.subjectKos murah
dc.subjectMelati Jakarta Indonesia
dc.subjectConditional sales -- Corrupt practices
dc.titleAmalan rasuah dalam proses sewa menyewa di pangsapuri kos murah, Melati Jakarta Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages423
dc.identifier.callnoHV6771.I5.I853 2012
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72890+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.